23 Julai 2009

SALAHKAH BERCINTA?

Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta?Tidak bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia.Ingin cinta dan dicintai adalah naluri(instinct)setiap manusia.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan.Oleh kerana cinta adalah fitrah,maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya.Jika salah,masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta?Allah maha mengetahui,maha pengasih lagi maha penyayang,dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.
Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.Justeru,Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia,khususnya para remaja dizaman ini.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta.Di sinilah berlakunya "cinta terlarang" yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan Allah.
Ketika itu fitrah bertukar menjadi fitnah.Bila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah,tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta yang juga datang dari Allah.

Sumber : Tentang Cinta :Pahrol Mohd Juoi : Terbitan Telaga Biru.

Tiada ulasan: