10 Julai 2009

MANUSIA MUDAH LUPA

Manusia adalah insan yang begitu kerdil dan lemah namun manusia mudah lupa tentang dan hakikat kelemahan diri.Manusia sering berlagak sombong terhadap Allah s.w.t yang menciptakan mereka dari tidak mengetahui apa-apa kepada dapat melihat alam ini dengan menggunakan mata,dapat mendengar bunyian dengan menggunakan telinga,dapat berjalan menggunakan kaki,ini semua adalah nikmat yang dikurniakan Oleh Allah kepada manusia dan yang lebih besar lagi manusia dikurniakan akal untuk berfikir.
Namun begitu manusia yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini sering terbabas ke jurang yang hina kerana akal yang dimiliki disalahgunakan kepada menghabiskan masa untuk berfikir tentang perkara-perkara yang melalaikan sehingga ada segelintir manusia yang sanggup melakukan perkara yang ditegah oleh Allah tanpa rasa segan dan malu terhadap Allah dan Rasul.Mereka sanggup membelakangkan hukum-hukum Allah dalam menjalani kehidupan seharian bermula dari bab solat sehinggalah kepada bab pemerintahan negara ramai dikalangan umat islam pada hari mengabaikan segala hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Apa yang dibimbangkan apabila manusia asyik memusatkan pemikiran mereka kepada bagaimana untuk mencari kemewahan dunia semata-mata tanpa menghiraukan alam yang bakal ditempuhi akan mengundang kehancuran dan kemusnahan terhadap sistem dan tujuan manusia diciptakan oleh Allah s.w.t.
Manusia melupakan Allah kerana nikmat dunia,mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa setiap apa yang dimiliki adalah hasil daripada pemberian Allah kepada mereka sekiranya Allah ingin menarik balik apa yang ada pada diri mereka hanya sekelip mata sahaja.
Sedarlah wahai manusia!kembalilah kepada Allah s.w.t selagi hayat dikandung badan,selagi bumi masih lagi menerima diri kita sebagai penghuni yang kerdil yang akan dijemput oleh Allah melalui malaikat maut yang sentiasa menjalankan tugasnya dengan penuh ketaatan dan kesetiaan terhadap Allah.Apabila kita meninggalkan dunia ini maka terputus segala amalan yang menjadi bekal untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak.Siapa yang rugi?Kita Jugak!
Sekian..InsanDhaif.

Tiada ulasan: