09 Julai 2009

MEWUJUDKAN UMAT ISLAM BERILMU

Perjuangan untuk menegakkan kebaikan,khasnya kepada masyarakat dan umat Islam memerlukan satu jangka waktu yang panjang.Perjalanan yang jauh dan berliku-liku itu biasanya akan memberi pengertian dan kenikmatan yang lebih besar berbanding hasil atau pencapaian yang diibaratkan sekadar menunggu"Bulan Jatuh Ke Riba".Namun dalam dunia yang egitu pantas ini ,umat Islam dilihat masih mengatur langkah untuk bertatih,sedangkan kaum dan penganut agama lain sudah berlari menuju ke garisan penamat.Pergerakan yang terlalu perlahan untuk mengejar kemajuan akan hanya menjadikan umat Islam lemah dan sentiasa berada di barisan belakang.Status "Duduk Sama Rendah Berdiri Sama Tinggi"dengan kaum-kaum lain akan terus menjadi iguan.Ketika umat Islam mula belajar mengenai sesuatu teknologi,dunia sudah beralih kepada teknologi yang lebih canggih.
Gerakan paling besar dan mulia dalam Islam ialah perjuangan Rasulullah s.a.w menegakkan Islam.Halangan dan rintangan yang Baginda lalui tidak ada tolok bandingnya.Namun,Baginda tidak sedikit pun patah semangat.Hari ini,dari segi bilangan dan pengaruh,Islam sudah berada pada landasan yang cukup kukuh.Namun,umat Islam masih menghadapi dugaan paling ketara,sukar bersaing dengan kaum dan penganut agama lain dalam pelbagai bidang.
Puncanya ialah ilmu yang dimiliki umat Islam tidak dapat menandingi kaum lain.Meskipun ada umat Islam yang membuktikan kemampuan mereka dalam bidang tertentu tetapi bilangan mereka masih terlalu terhad.Selagi umat Islam tidak dapat menyaingi kemampuan ilmu yang dimiliki kaum lain khasnya dalam bidang-bidang penting dunia seperti sains dan teknologi,umat Islam akan terus ketinggalan.Jika selama ini umat Islam berscita-cita untuk menjadi umat pencipta teknologi,tetapi sampai ke hari ini mereka masih bertelagah sesama sesama sendiri,lupakan saja hasrat untuk menjadi umat yang inovatif dan progresif...Renung-renungkanlah.

Petikan dari : Majalah MILENIA MUSLIM : Tulisan Mior Kamarul Shahid.

Tiada ulasan: