31 Julai 2009

AKTIVITI RIADAH





KEMAMPUAN YANG ADA PADA MANUSIA

Manusia adalah makhluk Tuhan yang paling istimewa ciptaannya.Bukan kerana dia mempunyai kaki,tangan,kepala,earna kulit atau lain-lain anggota fizikal yang lebih menarik berbanding makhluk-makhluk Tuhan yang yang lain.Sebaliknya kerana dia dikurniakan dengan akal dan hati.Kedua-dua anggota ini menyebabkan manusia itu unik dan hebat sehingga mampi mentadbir,mengurus dan menjana alam ini.
Menerusi akal dan hati,manusia berupaya mengurus dan mentadbir alam.Mereka berupaya meneroka alam serta mampu mengkaji isi kandungannya.Mereka boleh mencari jawapan kepada punca wujudnya alam ini,sehingga mereka boleh mengetahui punca terjadinya awal dan akhir alam ini.Tuhan pernah berkata"Wahai Jin dan Manusia,jika kamu mampu meneroka sampai ke penjuru alam,lakukanlah,namun kamu tidak akan dapat lakukan melainkan dengan kekuatan"Bukan itu sahaja,manusia juga boleh mengenali wujudnya alam roh dan alam alam ghaib,daripada sumber wahyu yang diturunkan serta disampaikan oleh para Nabi.Inilah keistimewaan akal dan hati manusia.
Akal membolehkan manusia memimpin dan mengatur alam ini dengan sebaik-baiknya.Manakala hati pula berfungsi mengurus nafsu dan jiwa.Manusia mampu mengawal nafsu dan jiwa mereka.Inilah yang membezakan manusia dan haiwan,malaikat juga jin dan malaikat.Keistimewaan inilah yang menyebabkan iblis berasa cemburu dan iri hati dengan kewujudan Nabi Adam.kerana itu dia bersumpah untuk menakluki hati manusia supaya mengikut jejak langkahnya.
Gabungan akal dan hati menjadikan manusia itu kuat bertenaga dan hebat menentang iblis.Akal mampu memberikan tenaga berfikir.Hati mengambil manfaat daripada perahan tenaga akal.Apabila kedua-dua berpadu maka akan tercapai maksud.Jika maksud itu untuk mencari Tuhan maka akan tercapai hasrat itu.Namun jika akal laemah dan hati mudah diganggu oleh iblis,maka akan tunduklah manusia kepada godaan-godaan iblis.Kerana itu akal berfungsi membantu manusia supaya berfikir secara rasional.Fikiran yang rasional adalah berasaskan kepada keterangan agama.Sejauh mana pun rasionalnya akal,ia tetap tidak tepat jika ianya bercanggah dengan alasan agama.
Merenung dan berfikir dengan bantuan akal dapat membetulkan rentak perjalanan hidup manusia.Umar Abdul Aziz pernah menyebutkan,"Memikirkan beberapa nikmat Tuhan adalah ibadah yang lebih baik"Sayyidina Abdullah bin Abbas,sepupu Nabi Muhammad pernah menyentuh soal berfikir.Beliau dilaporkan pernah berkata"Berfikir mengenai amalan kebajikan akan mendorong kita supaya beramal dengan perkara-perkara kebajikan.Berfikir mengenai amalan kebajikan akan mendorong kita menyesali perbuatan jahat yang pernah dilakukakan.
Sumber : Cerita-cerita Motivasi Untuk Jiwa : Prof.Madya Dr.Shukri Ahmad&Wan Ab.Rahman Khudzri Wan Abdullah.

MEMORI LALU




30 Julai 2009

PERATURAN BERCINTA

Mengapakah perlu peraturan cinta?Jawabnya,kerana Allah mencintai manusia.Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dalam memenuhi keinginan fitrah tabienya.Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kerosakan.Tanpa peraturan akan terjadi cinta terlarang.Cinta yang terlarang ini akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran peraturan dilakukan,lebih tinggilah risiko kemusnahanyang akan berlaku.Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai-bagai janji dan sumpah setia.Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang,racunnya akan meresap membunuh akal,jiwa dan perasaan.
Cinta yang suci mesti dipelihara dan dilindungi.Orang yang tidak memelihara dan melindungi cinta dengan peraturan pencipta cinta samalah dengan mempermainkannya.Apa maksud mempermainkan cinta?Cinta yang dipermainkan ialah cinta yang tidak setia,cinta bersalut nafsu,cinta yang tidak ada matlamat dan harus diingat matlamat tidak menghalalkan cara.Wahai para pencinta cinta berwaspadalah dan jagalah diri agar tidak berlaku perkara yang tidak dingini seperti kata pepatah 'Habis Manis Sepah Dibuang'.Ketika itu cinta hanya tinggal cinta tapi diri tetap ternoda.

Sumber : Tentang Cinta : Pahrol Mohd Juoi : Terbitan Telaga Biru.

29 Julai 2009

KITA PERLUKAN BEKALAN

Perjalanan yang amat jauh dan panjang ini,sudah semestinya memerlukan bekalan yang sesuai dan tahan lama.Tanpa bekalan yang mencukupi atau dengan membawa bekalan yang silap,kehidupan kita di alam-alam yang sedang menanti ini akan menjadi kehidupan yang begitu sengsara dan penuh derita.
Allah ialah Pencipta dan Pemilik setiap alam-alam ini.Dan Allahlah juga yang telah menciptakan kita.Maka siapakah yang lebih tahu dan faham,apakah bekalan yang terbaik untuk kita bawa dalam menempuh kembara hidup dalam kehidupan dunia,barzakh,mahsyar,mizan,sirat seterusnya syurga atau neraka?
Sudah tentu Allah yang paling mengetahui dan memahaminya.Oleh itu,Allah Taala sendiri telah menyatakan bahawa sebaik-baik bekal yang boleh dan perlu kita usahakan ialah bekalan taqwa.
Firman Allah : Maksudnya :
Berbekallah kamu,sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah taqwa..(Surah al-Baqarah : 197)

Sumber : Masjid Itu HidupKu : Mohd Gunawan Che Ab.Aziz : Telaga Biru.

SEKADAR HIASAN



27 Julai 2009

CORETAN HAMBA


Pada petang jumaat 24.07.2009 aku bertolak ke Kg.Kanibongan...erm macam biasalah tujuannya adalah untuk melepaskan kerinduan pada isteri aku yang cun dan comel..he..he..dan juga anak-anak aku yang cute2 belaka.Dalam masa yang sama aku ada la beli kek untuk meraikan sambutan hari lahir puteri kesayangan aku yang ke 2 tahun,Nuri Nazihah(Kakak)kami sambut keci-kecilan je....apa pun aku dapat rasakan anak aku tu gembira dengan kek hari lahirnya.
Aku stay kat Kg.Kanibongan selama 3 hari 2 malam je...kalau ikutkan hati memang nak duduk lama tapi apakan daya aku ada tanggungjawab terhadap tugas aku di UiTM Sabah.So..Pada petang Ahad 26.7.2009 aku dengan berat hati melangkah balik ke Kota Kinabalu,dalam hati kecil aku sentiasa mendoakan agar isteri dan anak-anak aku sentiasa dilindungi Allah selalu.
Pendekkan cerita , Alhamdulillah perjalanan aku dipermudahkan oleh Allah dan aku selamat tiba di rumah sewa pada pukul 6.00 ptg.Sebelum sampai rumah aku singgah dulu kat kedai makan kegemaran aku" Sala Thai"maklumlah duduk sorang2 makan kat kedai je la....aku makan nasi+ sup campur & telur goreng timun...memang sedap gilerr!sampai je kat rumah aku tunaikan tanggungjawab sebagai muslim dan rehat2 sambil melayari internet...mata pulak dah rasa tak boleh nak celik aku pun tido,Selamat Malam....Sekian.

IMAN ADALAH MUTIARA

Orang yang sesungguhnya paling sengsara adalah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan.Mereka ini selamanya akan berada dalam kesengsaraan,kepedihan,kemurkaan&kehinaan.
Tidak ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa,membersihkannya,menyucikannya,membuatnya bahagia dan mengusir kegundahan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Dalam pandangan pembangkang Allah yang sama sekali tidak beriman,cara terbaik untuk menenangkan jiwa adalah dengan membunuh diri,mengambil dadah,bergembira tanpa batasan agama,menurut mereka dengan cara ini mereka terhindar dari segala tekanan,kegelapan dan kekusutan hidup.
Betapa malangnya hidup manusia seumpama ini dan betapa pedihnya seksa dan azab yang akan dirasakan oleh orang yang menyimpang dari tuntunan Allah di akhirat kelak!
Kesimpulannya: Kehidupan Terasa Hambar Tanpa Iman.

AKIBAT PERBUATAN DOSA

Seksaan dan penderitaan sebagai akibat risiko daripada dosa yang dilakukan ialah,ia menyebabkan jiwa menjadi kecil,terencat,terpendam dan terhina,sehingga jiwa akhirnya lebih kecil dan paling terhina.Ketaatan dapat meningkatkan,membesarkan dan mengembangkan jiwa seseorang.
Allah s.w.t Berfirman,Maksudnya :


"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya" ( Surah asy-Syams : 9-10 )


Ayat ini bermakna bahawa menang dan beruntung orang yang telah berusaha memperbesarkan,mempertingkatkan mengangkat nafsu atau jiwanya dengan melakukan ketaatan terhadap Allah.Manakala oarang yang melakukan dosa dan maksiat menutup dan menimbun nafsu dan jiwanya di dalam tompokan dosa.Dia terpencil bersama dirinya sendiri,terpencil dan tersisih di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang soleh.
Seterusnya,ketaatan dan perbuatan baik,berperanan memperbesarkan jiwa,memuliakan dan mengangkatnya sehingga jiwa tersebut lebih mulia,lebih besar,lebih bersih dan lebih tinggi dari sesuatu yang lain.Manakala nafsu dan jiwa pula merasa lebih hina dan lebih kecil di sisi Allah dalam mencari keredhaanNya.Dengan perasaan hina(yang positif) dia mencapai kemuliaan,peningkatan dan kedudukan terhormat.
Tidak ada yang menyebabkan nafsu dan jiwa menjadi kecil selain daripada berbuat maksiat terhadap Allah.Peliharalah diri daripada melakukankan dosa,kerena dosa adalah racun dalam kehidupan insan dan penawarnya adalah taubat nasuha.


Sumber : Kesan Dosa Dalam Hidup : Karya Ibnu Qaiyyim,Terjemahan : Ustaz Ahmad Asri Lubis : Terbitan Anbakri Publika Sdn.Bhd.



23 Julai 2009

SALAHKAH BERCINTA?

Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta?Tidak bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia.Ingin cinta dan dicintai adalah naluri(instinct)setiap manusia.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan.Oleh kerana cinta adalah fitrah,maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya.Jika salah,masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta?Allah maha mengetahui,maha pengasih lagi maha penyayang,dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.
Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.Justeru,Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia,khususnya para remaja dizaman ini.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta.Di sinilah berlakunya "cinta terlarang" yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan Allah.
Ketika itu fitrah bertukar menjadi fitnah.Bila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah,tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta yang juga datang dari Allah.

Sumber : Tentang Cinta :Pahrol Mohd Juoi : Terbitan Telaga Biru.

22 Julai 2009

KENANGAN SILAM


Diatas adalah gambar aku,abang aku yang sulung dan adik perempuan aku yang no.3.Ini merupakan kenangan lama sewaktu kami kecil-kecil dulu.Tapi kini semuanya telah dewasa dan masing-masing mempunyai keluarga sendiri.Kami sekarang berjauhan disebabkan tuntutan tugas masing-masing.Walaupun kami berjauhan namun kami tetap bertanya khabar diantara satu sama lain,Terima kasih Ibu dan Ayah kerana berjaya mendidik kami menjadi manusia.Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian Berdua.

MENGEMBALIKAN MUTIARA YANG HILANG

Ramai orang yang mengkagumi kejayaan Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera salib.Dengan bilangan tentera yang terhad beliau mampu berhadapan dengan tentera musuh yang ramai.Dalam keadaan kelengkapan perang yang tidak setanding,tentera Islam pimpinan Salahuddin berjaya mengucar-ngacirkan dan menumpaskan tentera musuh.
Di sebalik kekaguman itu mungkin tidak ramai yang mengetahui rahsia kejayaan Salahuddin.Ahli sejarah mencatatkan setiap malam Salahuddin akan meronda khemah-khemah tenteranya untuk memerhati apa yang mereka lakukan.Jelas pada keesokan harinya beliau akan memilih tentera di kalangan mereka yang menghidupkan malam dengan Qiamullail seperti solat sunat,membaca al-Quran,berzikir dan sebagainya untuk berperang menghadapi tentera musuh.Sebaliknya tentera yang tidur,berehat,berbual-bual kosong dan sebagainya akan ditinggalkannya.
Kejayaan Salahuddin al-Ayubi menjinakkan Richard The Lion Heart kerana beliau memimpin tenteranya yang memiliki ciri-ciri :
Ibarat Abid Pada Malam Hari,
Ibarat Singa Pada Siang Hari,
Inilah juga ciri-ciri yang dimiliki oleh sahabat,tabiin,tabi' tabiin dan orang soleh sejak zaman dahulu.Mereka hebat berjuang pada siang hari tetapi tetap menghidupkan malam dengan Qiamullail.Inilah yang dapat mereka contohi daripada peribadi Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diterangkan oleh Allah dengan firmanNya bermaksud :
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik"(Surah al-Ahzab : 21)
Walaupun Baginda seorang yang maksum tetapi tetap mendirikan Qiamullail hingga bengkak kaki.Sejarah membuktikan mereka mencapai kejayaan dalam apa jua bidang sehingga Islam menempa satu tamadun yang unggul baik yang bersifat material mahupun spritual dan tiada bandingannya hingga ke hari ini.
Tamadun Islam jatuh merudum apabila umat mula lalai dengan kemewahan dan sikit demi sedikit meniggalkan Qiamullail.Umat Islam masih ibarat singa pada siang hari,tatapi singa yang mengejar kemewahan dunia.Sebaliknya mereka sudah tidak jadi abid pada malam hari.Ada yang terus jadi singa pada malam hari,memburu kemewahan dan hiburan.Tetapi paling ketara singa yang bekerja keras mencari kelebihan dunia pada siang hari akan menyimpan kuku dan tidur lena pada malamnya.
Kini umat Islam ibarat seorang buta yang kehilangan tongkat,teraba-raba mencari jalan tempat yang dituju.Sudah difikirkan dan dicuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya.Itulah natijah kalau hanya mengikut panduan akal dan meminggirkan panduan Allah dan Rasul.

Sumber : Indahnya Saat Bersama-Mu : Nik Abd. Rahman Nik Abd.Ghani&Zahazan Mohamed : Terbitan Telaga Biru.




21 Julai 2009

BUAT PUTERI PAPA&MAMA






Hari ini 21Julai 2009 Puteri Kesayangan Papa&Mama yang diberi nama Nuri Nazihah(Cahaya Kesucian)telah genap umurnya 2 tahun,Besar dah anak Papa&Mama..Alhamdulillah Syukur Kepada Allah yang telah menganugerahkan kapada kami anak yang baik dan comel.
Dikesempatan ini Papa ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Buat anak Papa&Mama,Papa&Mama sentiasa berdoa agar anak Papa&Mama menjadi anak yang solehah dan taat kepada perintah Allah dan Rasul serta taat kapada ibu bapa serta anak yang dapat memberi manfaat kepada dunia dan akhirat kami.Amin Ya Rabbal Alamin! Saayang KakaK...MMMuuaaaaHHHH.Terima Kasih Jugak Pada Mama Kerana Menjaga dan Mendidik Anak Kita Dengan Penuh Kasih Sayang Dan Kesabaran!Sayang Mama!

KESAN DOSA DALAM KEHIDUPAN

Dosa Membutakan Mata Hati
Memadamkan Cahaya Hati,
Menutup Jalan-jalan Ilmu,
Menghijab Hidayah Allah.


Antara seksaan atau balasan dosa yang telah dilakukan,ialah bahawa dosa-dosa tersebut menyebabkan butanya mata hati,cahaya hati terpadam,pintu-pintu ilmu dan hidayah tertutup dan jalan hidayah terhijab.Imam Malik RA pernah menasihati Imam Syafie RA,ketika beliau belajar kepada Imam Malik yang menyaksikan tanda-tanda kecerdasan Imam Syafie,Imam Malik berkata :

"Saya telah dapat menyaksikan bahawa Allah SWT telah menganugerahkan nur atau cahaya dalam hatimu,maka janganlah engkau memadamkannya dengan kegelapan dosa dan maksiat."
Cahaya hati akan semakin pudar dan hilang manakala kegelapan maksiat semakin kuat,akhirnya hati laksana berada ditengah malam gelap gelita.Betapa banyaknya jurang kebinasaan yang menyebabkan hamba terjerumus,padahal dia sendiri tidak melihatnya.Ia tak ubah seperti si buta berjalan diwaktu malam menempuh jalan yang penuh dengan bahaya maut dan kebinasaan.Alangkah susahnya mencapai keselamatan.Alangkah mudahnya terdedah kepada kebinasaan.Lama-kelamaan kegelapan maksiat semakin kuat,menular dari dalam hati ke segenap anggota badan,lalu wajah diliputi kegelapan menurut kekuatan dosa dan pertambahannya.Di saat hamba telah meninggal dunia terjadilah suasana gelap di alam barzakh,lalu kuburnya diliputi kegelapan.
Apabila hari kiamat telah tiba,semua hamba telah berhimpun di padang mahsyar,wajah-wajah golongan penderhaka akan diliputi kegelapan,dengan terang dan nyata dapat dilihat dan disaksikan oleh semua orang.Wajah-wajah golongan tersebut benar-benar hitam dan menakutkan.Alangkah dahsyatnya seksaan dan balasan tersebut,tidak sebanding dengan semua kelazatan dunia dari awal hingga akhirnya.Betapa seorang hamba yang tercekik,penat dan letih,gugur dan tewas dalam masa yang singkat yang tidak ubahnya seperti mimpi.

Sumber :Kesan Dosa Dalam Kehidupan,Karya Ibnu Qayyim Terjemahan Oleh Ustaz Ahmad Asri Lubis.Terbitan Anbakri Publika Sdn.Bhd.

15 Julai 2009

CAHAYA HIDAYAH

Kita dapat melihat apabila ada dua cahaya.cahaya di dalam mata dan cahaya di luar mata.Jika mata tidak buta,tetapi keadaan sekelilingnya gelap pekat tanpa cahaya,kita tidak akan dapat melihat apa-apa jua pun.Walaupun berada di siang hari,dengan cahaya matahari memenuhi bumi,tetapi mata kita buta kita tetap juga tdak dapat melihat apa-apa.
Cahaya amat penting dalam kehidupan kita.Bagi memenuhi keperluan kepada cahaya ini,manusia telah mengarahkan akal fikiran mereka bagi mengatasi kegelapan.Pelbagai cara diusahakan,daripada menyalakan unggun api,jamung,pelita ayam,lilin,damar,lampu kabaid,lampu gasolin sehinggalah lampu neon dan kalimantang,semua ini mempunyai satu maksud yang sama iaitu untuk membawa cahayadan menghilangkan kegelapan.Berkadar dengan sejauh mana kekuatan cahaya yang dibawa,maka sejauh itulah jugalah kegelapan akan hilang.
Demikianlah keperluan kita kepada cahaya zahir untuk membolehkan kita melihat sesuatu.Maka untuk mata hati (Basirah) kita,ia juga memerlukan sejenis cahaya bagi membolehkan kita melihat dan mengenal sesuatu kebenaran.Sekiranya mata zahir kita kita ini memerlukan cahaya matahari atau lampu untuk melihat,maka mata hati(Basirah)kita memerlukan cahaya"Cahaya Hidayah"untuk menerangi kehidupan kita.
Semoga dengan"Cahaya Hidayah" itu kita dapat melihat dengan jelas yang manakah perkara yang baik dan yang mana satukah perkara yang buruk.Untuk dapat membezakan antara perkara yang hak dan batil.Untuk mengenal mana satu perkara yang membawa kejayaan dan mana satu membawa kegagalan.Tanpa pancaran "Cahaya Hidayah"menerangi mata hati (Basirah) kita,kita akan teraba-raba dalam kegelapan.Ingat didalam gelap,kita tidak tahu entah tali yang kita pegang atau ular yang berada di tangan!

Sumber : Masjid Itu Hidupku : Mohd.Gunawan Che Ab.Aziz :Terbitan Telaga Biru.

13 Julai 2009

SIAPAKAH ULAMA' ?

Ulama mengikut Kamus Dewan ialah orang yang ahli(pakar) dalam pengetahuan Islam.Ramai orang menganggap ulama adalah orang yang semata-mata memiliki ijazah,masters dan ph.D. dalam bidang-bidang tertentu.Rupa-rupanya Tuhan menggunakan cara penilaian yang berbeza.Allah menjelaskan dalam surah Al-Fathir ayat 28 yang bermaksud :
Hanya yang takut kepada Allah adalah Ulama'
Golongan yang tidak takut kepada Allah tidak boleh dianggap sebagai Ulama'.Berhubung dengan ayat ini,Imam Ibn.Kathir berkata,"Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah ialah golongan arifin(yang mengetahui)kerana setiap kali ilumu mereka tentang Allah bertambah,perasaan takut mereka kepada Allah meningkat.
Sahabat Abdullah bin Abbas berkata, "Ulama' ialah mereka yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun.Disamping itu mereka menghalalkan apa yang Allah halalkan,mengharamkan apa yang Allah haramkan,memelihara perintah-perintahnya,yakin dengan pertemuan dengannya dan sentiasa melakukan muhasabah berhubung amalan diri sendiri. "Sahabat Abdullah bin Mas'ud berkata,"Yang berilmu bukanlah mereka yang banyak menghafal hadis tetapi yang berilmu ialah mereka yang takut kepada Allah"
Perasaan takut kepada Allah berbeza dengan perasaan takut kepada makhluk.Apabila kita takut kepada makhluk seperti harimau,singa,ular dan seumpamanya kita mungkin mengalami tekanan jiwa dan ingin melarikan diri daripada makhluk-makhluk itu.Hal ini tidak akan berlaku dalam konteks takut kepada Allah kerana perasaan takut kepada Allah merangsang kita untuk lebih mendekatiNya.Disamping itu,perasaan takut kepada Allah melahirkan sikap berhati-hati,bijaksana,malu,berwaspada dan halus budi dalam hidup.
Justeru,Imam Said bin Jubair berkata,"Takutkan Allah adalah satu(benteng)yang memisahkan kamu daripada maksiat."Imam Hasan Basri pula berkata,"Orang yang alim ialah dia yang takutkan Allah walaupun dia tidak melihat Allah dan disamping itu dia menyukai apa yang disukai Allah."
Inilah ciri-ciri utama yang ada pada Ulama'.Dapatlah dirumuskan daripada pandangan-pandangan ini bahawa Ulama' adalah pakar,cendekiawan serta ilmuan Islam yang sentiasa tunduk mengabdikan diri kepada Allah dengan jiwa yang luhur.Ilmu yang mereka miliki melahirkan perasaan takut kepada Allah sehingga menjadikan mereka golongan yang taat kepadaNya.
Sumber : Tip-tip Cemerlang Daripada Quran : Dr.Danial Zainal Abidin.

11 Julai 2009

LIKU-LIKU KEHIDUPAN

Pagi ini lebih kurang jam 10.30 pagi insya-Allah aku akan bertolak ke Kg.Kanibongan tempat isteri aku bertugas mendidik anak bangsa supaya menjadi insan berilmu dan berguna kepada agama,bangsa dan negara tercinta.
Perjalanan dari tempat aku di Taman Seri Indah,Kota Kinabalu ke Kg.Kanibogan,Pitas mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit,perjalanan yang agak jauh jugak lah,lebih kurang 200 kilometer tapi apakan daya demi tugas isteri tersayang aku dengan rela hati untuk menghantar isteri dan anak-anak aku yang cute dan comel...he.he..
Memandangkan permohonan pertukaran isteri aku ke Kota Kinabalu masih lagi belum berjaya aku terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak kesayangan aku,tapi aku percaya semua ini ada hikmah dan aku yakin suatu hari nanti dengan izin Allah insya-Allah kami akan hidup sebumbung kembali.Setiap perancangan Allah dan ketentuannya adalah salah satu ujian bagi hamba-hambanya aku redha dengan apa yang Allah tentukan ke atas diri aku dan aku berdoa agar isteri aku juga sama.
Namun,aku dan isteri tidak pernah putus asa untuk berusaha memohon pertukaran dari semasa ke semasa dan aku sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa agar suatu hari nanti Allah akan kabulkan jua permintaan aku ini...Amin!
Setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan.....Ya Allah Ampunilah Dosa-Dosa Ku,Kedua Ibu-Bapaku,Ibu dan arwah bapa mertuaku ,Isteriku,Anak-anakKu,Ahli Keluargaku,Saudaramaraku,Sahabat-sahabatku seterusnya Kaum Muslimin dan Muslimat Sekelian.Amin Ya Rabbal Alamin!!!

10 Julai 2009

MANUSIA MUDAH LUPA

Manusia adalah insan yang begitu kerdil dan lemah namun manusia mudah lupa tentang dan hakikat kelemahan diri.Manusia sering berlagak sombong terhadap Allah s.w.t yang menciptakan mereka dari tidak mengetahui apa-apa kepada dapat melihat alam ini dengan menggunakan mata,dapat mendengar bunyian dengan menggunakan telinga,dapat berjalan menggunakan kaki,ini semua adalah nikmat yang dikurniakan Oleh Allah kepada manusia dan yang lebih besar lagi manusia dikurniakan akal untuk berfikir.
Namun begitu manusia yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini sering terbabas ke jurang yang hina kerana akal yang dimiliki disalahgunakan kepada menghabiskan masa untuk berfikir tentang perkara-perkara yang melalaikan sehingga ada segelintir manusia yang sanggup melakukan perkara yang ditegah oleh Allah tanpa rasa segan dan malu terhadap Allah dan Rasul.Mereka sanggup membelakangkan hukum-hukum Allah dalam menjalani kehidupan seharian bermula dari bab solat sehinggalah kepada bab pemerintahan negara ramai dikalangan umat islam pada hari mengabaikan segala hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Apa yang dibimbangkan apabila manusia asyik memusatkan pemikiran mereka kepada bagaimana untuk mencari kemewahan dunia semata-mata tanpa menghiraukan alam yang bakal ditempuhi akan mengundang kehancuran dan kemusnahan terhadap sistem dan tujuan manusia diciptakan oleh Allah s.w.t.
Manusia melupakan Allah kerana nikmat dunia,mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa setiap apa yang dimiliki adalah hasil daripada pemberian Allah kepada mereka sekiranya Allah ingin menarik balik apa yang ada pada diri mereka hanya sekelip mata sahaja.
Sedarlah wahai manusia!kembalilah kepada Allah s.w.t selagi hayat dikandung badan,selagi bumi masih lagi menerima diri kita sebagai penghuni yang kerdil yang akan dijemput oleh Allah melalui malaikat maut yang sentiasa menjalankan tugasnya dengan penuh ketaatan dan kesetiaan terhadap Allah.Apabila kita meninggalkan dunia ini maka terputus segala amalan yang menjadi bekal untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak.Siapa yang rugi?Kita Jugak!
Sekian..InsanDhaif.

09 Julai 2009

MEWUJUDKAN UMAT ISLAM BERILMU

Perjuangan untuk menegakkan kebaikan,khasnya kepada masyarakat dan umat Islam memerlukan satu jangka waktu yang panjang.Perjalanan yang jauh dan berliku-liku itu biasanya akan memberi pengertian dan kenikmatan yang lebih besar berbanding hasil atau pencapaian yang diibaratkan sekadar menunggu"Bulan Jatuh Ke Riba".Namun dalam dunia yang egitu pantas ini ,umat Islam dilihat masih mengatur langkah untuk bertatih,sedangkan kaum dan penganut agama lain sudah berlari menuju ke garisan penamat.Pergerakan yang terlalu perlahan untuk mengejar kemajuan akan hanya menjadikan umat Islam lemah dan sentiasa berada di barisan belakang.Status "Duduk Sama Rendah Berdiri Sama Tinggi"dengan kaum-kaum lain akan terus menjadi iguan.Ketika umat Islam mula belajar mengenai sesuatu teknologi,dunia sudah beralih kepada teknologi yang lebih canggih.
Gerakan paling besar dan mulia dalam Islam ialah perjuangan Rasulullah s.a.w menegakkan Islam.Halangan dan rintangan yang Baginda lalui tidak ada tolok bandingnya.Namun,Baginda tidak sedikit pun patah semangat.Hari ini,dari segi bilangan dan pengaruh,Islam sudah berada pada landasan yang cukup kukuh.Namun,umat Islam masih menghadapi dugaan paling ketara,sukar bersaing dengan kaum dan penganut agama lain dalam pelbagai bidang.
Puncanya ialah ilmu yang dimiliki umat Islam tidak dapat menandingi kaum lain.Meskipun ada umat Islam yang membuktikan kemampuan mereka dalam bidang tertentu tetapi bilangan mereka masih terlalu terhad.Selagi umat Islam tidak dapat menyaingi kemampuan ilmu yang dimiliki kaum lain khasnya dalam bidang-bidang penting dunia seperti sains dan teknologi,umat Islam akan terus ketinggalan.Jika selama ini umat Islam berscita-cita untuk menjadi umat pencipta teknologi,tetapi sampai ke hari ini mereka masih bertelagah sesama sesama sendiri,lupakan saja hasrat untuk menjadi umat yang inovatif dan progresif...Renung-renungkanlah.

Petikan dari : Majalah MILENIA MUSLIM : Tulisan Mior Kamarul Shahid.

07 Julai 2009

FIRMAN ALLAH



MAKSUDNYA :

Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang Yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu Yang beriman! bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (ingatlah) orang-orang Yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini Luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang Yang Bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan pahala mereka Dengan tidak terkira".


Surah Az-Zumar : 10

05 Julai 2009

HAKIKAT TAUHID

Menurut Imam Al-Ghazali
Dalam bukunya al-Ihya' Beliau membahagikan tauhid kepada empat peringkat :
  • Tauhid Orang Munafik : Orang yang mengucapkan "La Ila Ha Illa Lah" dengan lidahnya tetapi hatinya lalai daripada memahami maknanya.
  • Tauhid Orang Awam : Ia mempercayai makna lafaz seperti yang dipercayai oleh orang Islam.
  • Tauhid Muqarrabin(Orang Yang Hampir Kepada Allah)Orang yang bersaksi dengan mencari kebenaran berdasarkan bukti-bukti yang Allah berikan.
  • Tauhid Siddiqin : Orang yang hanya melihat Allah sebagai kewujudan yang mutlak.

Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa martabat yang keempat inilah yang paling tinggi,kerana orang itu tidak melihat dalam penyaksiannya kecuali satu,ia tidak melihat semua yang wujud itu banyak bahkan ia adalah satu.Inilah martabat yang paling tinggi dalam Tauhid.

Sumber : Buku Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf Tapi Anda Tiada Tempat Bertanya : Zulkifli Mohamad Al-Bakri.