بسم الله الرحمن الرحيم
Perjalanan hidup seseorang manusia adalah satu perjalanan yang panjang dan tiada akhirnya.Kematian hanyalah satu episod perpindahan manusia dari alam dunia menuju ke alam barzakh.Setiap manusia pasti merngalami detik perpindahan ini,tanpa mengira pangkat kedudukan,warna kulit,agama,bangsa dan status ekonomi semuanya akan pasti menuju kesana.
Menyedari hakikat inilah maka setiap orang yang beragama Islam berasa takut dan bimbang mengenai diri mereka kerana setelah Allah ciptakan setiap manusia yang diberikan pelbagai nama maka mereka sebenarnya akan wujud buat selama-lamanya tanpa ada akhirnya.Apa yang membezakan diantara manusia ialah tempat yang bakal ditentukan oleh Allah s.w.t untuk manusia di akhirat kelak iaitu syurga atau neraka bergantung kepada amalan mereka sewaktu berada didunia.
Setiap manusia tidak dapat tidak pasti akan memasuki dua tempat ini.Bagi manusia yang diberi ruang dan peluang untuk hidup di dunia yang fana ini,seharusnya mereka berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah bagaimana seharusnya mereka menjalani kehidupan ini dan apakah akibat sekiranya melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah.
Seharusnya manusia perlu mengambil peluang yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk mencari kebahagiaan diakhirat dan dalam masa yang sama tidak pula melupakan bahagian mereka untuk kehidupan didunia.
Firman Allah :
وبتغ فيما اتك الله الدار الآخرة ولاتنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما أحسن الله إليك ولا تبغ الفساد في الأرض إن الله لايحب المفسدين
Ertinya : Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu,tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada mu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.( Surah al-Qasas : 77 )
Dunia hanyalah sekadar jambatan untuk menuju keakhirat,maka seharusnya kita membina jambatan yang kukuh dan tahan untuk membawa kita melintasi alam dunia menuju keakhirat dengan selamat seterusnya berjaya menuju ke syurga yang dijanjikan Allah kepada hambanya yang sentiasa patuh dan taat terhadap suruhan dan larangannya.
Dunia hanyalah sekadar jambatan untuk menuju keakhirat,maka seharusnya kita membina jambatan yang kukuh dan tahan untuk membawa kita melintasi alam dunia menuju keakhirat dengan selamat seterusnya berjaya menuju ke syurga yang dijanjikan Allah kepada hambanya yang sentiasa patuh dan taat terhadap suruhan dan larangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan