27 Jun 2009

PERJALANAN HIDUP

Perjalanan hidup seorang musafir adalah untuk menuju ke destinasi yang dirancang,sudah menjadi lumrah seorang musafir perlu menyediakn bekalan yang secukupnya agar perjalanan dapat diteruskan dengan baik tanpa ada halangan yang menganggu dan selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

Hidup ini adalah diumpamakan seperti seorang musafir yang berkelana dibumi Allah,segala kemudahan telah disediakan,kita hanya dipertanggungjawab untuk mengguna dan menguruskan segala yang telah dikurniakan oleh Allah dengan sebaik-baiknya sebagai bekalan untuk kita menuju ke alam akirat yang kekal abadi.

Akhirat merupakan destinasi yang bakal kita semua tempuhi,alam rahim hanya seketika dan alam dunia tidak kekal lama ianya sekadar persinggahan sementara sebagai pentas ujian bagi setiap makhluk yang bergelar manusia untuk dinilai dan diaudit sejauh mana ketaatan dan sebanyak mana amal dapat dilaksnakan untuk dijadikan sebagai bekalan untuk menuju ke alam akhirat yang kekal selama-lamanya.
Dunia merupakan tempat untuk kita melakukan amal ibadat dan akhirat adalah tempat untuk kita melihat sebanyak mana amal yang kita lakukan ketika hidup di dunia.Menyediakan bekalan untuk menuju keakhirat adalah amat penting kerana disana hanya amalan yang kita lakukan didunia akan menjadi teman ketika dibarzakh dan menjadi sahabat ketika diMahsyar kelak.
Berusahalah untuk melakukan amal ibadat kepada Allah selagi peluang dan ruang yang dikurniakan oleh Allah masih terbuka luas,dunia hanyalah sementara ambillah sekadarnya sahaja dan ingatlah bahawa akhirat jua yang kekal abadi,berusahalah untuk mendapatkesenangan disana kerana kejayaan yang hakiki adalah berjaya untuk mendapat keredhaan Allah dan dimasukkan kedalam Syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kesenangan yang abadi.

21 Jun 2009

KENALI MASJID

Dalam peristiwa hijrah,ketika Nabi Muhammad s.a.w tiba di Madinah,baginda memutuskan untuk membangunkan sebuah masjid,yang pada masa ini dikenali dengan nama Masjid Nabawi yang bererti Masjid Nabi.
Masjid Nabawi terletak di sebuah lapangan yang luas di pusat bandar Madinah.Di Masjid Nabawi,terdapat mimbar yang sering digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah pada saat itu.
Masjid ini digunakan untuk kegiatan agama,politik,perancangan kota,menentukan strategi ketenteraan dan untuk mengadakan perjanjian.Selain itu Masjid ini juga dijadikan tempat tinggal sementara oleh orang fakir dan miskin.

19 Jun 2009

AYAH DAN IBU

Ayah dan Ibu merupakan insan biasa namun mereka memiliki kekuatan yang amat luar biasa.ayah merupakan ketua keluarga,ibu permaisuri yang bertakhta.
Wahai,anak !
Sanjunglah,hormatilah dan kasihilah ayah dan ibu kerana dengan izin Allah melalui mereka berdualah lahirnya kita ke dunia.
Lahirnya kita dibelai dan dimanja dengan penuh kasih sayang,penat tak terasa,tidur tak sempurna dan makan seadanya demi menjaga kita agar sihat sentiasa dan membesar menjadi manusia berguna.
Pengorbanan mereka tak minta dibalas,susah payah mereka tak pernah mengeluh ikhlasnya mereka tiada tandingan.
Ayah dan ibu terima kasih diatas segalanya,aku sebagai anak tidak mampu untuk membalas segala jasa kalian berdua Namun aku hanya mampu berdoa agar kalian sentiasa dirahmati Allah.Amin ya rabbal alamin!