08 Disember 2009

MY FAMILY


Ya Allah Pimpinlah Kami Ke Jalan Yang Di Redhai Oleh Mu !!

07 Disember 2009

TANDA-TANDA PERPISAHAN

Setelah dakwah Islam mula sempurna dan Islam mula menguasai kedudukan,maka mulalah kelihatan tanda-tanda bahawa baginda akan meninggalkan kehidupan dan manusia ini.Ianya terpancar melalui perasaan Rasulullah s.a.w dan tampak jelas melalui ungkapan-ungkapan dan tindak tanduknya. Semasa bulan Ramadhan tahun 10 Hijrah,Baginda beriktikaf selama 20 hari,padahal sebelum itu baginda hanya beriktikaf 10 hari sahaja.Jibril datang kepadanya untuk bertadarus al-Quran sebanyak 2 kali pada tahun itu.Semasa Haji Wada' Baginda ada menyebutkan:"Sesungguhnya aku tidak pasti,entahkan aku tidak akan bertemu kamu lagi selepas tahun ini di tempat ini selama-lamanya"Katanya lagi,ketika berada dekat jamrah al-Aqabah,pelajarilah daripadaKu ibadat-ibadat haji kamu,kerana bolah jadi aku tidak akan berhaji lagi selepas tahun ini"Surah al-Nasr pula turun kepada baginda pada pertengahan hari-hari Tasriq.Justeru,dapatlah difahami bahawa ianya membawa maksud perpisahan dan Baginda rupanya sedang menyiarkan berita kematiannya sendiri. Pada awal bulan Safar tahun 11 Hijrah,Rasulullah s.a.w keluar ke Uhud.Di situ Baginda berdoa kepada para Syuhada' bagaikan orang yang mengucapkan selamat tinggal untuk orang hidup dan orang mati.Kemudian Baginda beredar dan naik di atas mimbar seraya berkata: "Sesungguhnya aku akan mendahului kamu,dan aku akan menjadi saksi terhadapmu.Demi Allah aku sekarang benar-benar sedang melihat kepada kolam Ku.Sesungguhnya aku akan diberikan kunci seluruh kekayaan bumi atau kunci-kunci bumi.Demi Allah,Aku bukannya bimbang kamu akan syirik selepasku tetapi yang aku bimbangkan ialah kamu berlumba-lumba merebut dunia. Pada suatu malam(pada tengah malam)Baginda keluar ke Baqi' lalu memohon pengampunan untuk penghuni perkuburan Baqi' sambil berkata:"Assalamualaikum hai penghuni kubur,moga kamu bersenang lenang dengan nikmat yang kamu kecapi di dalamnya berbanding orang lain yang menghadapi keadaannya.Telah datang fitnah-fitnah persis sebahagian malam yang gelap gelita.Fitnah yang kemudian menyusuli selepas yang awal sedangkan yang kemudian itu lebih buruk dari yang awal"Kemudian Baginda mengembirakan penduduk kubur itu dengan kataNya:"Sesungguhnya kami akan menyusuli kamu"

Sumber : Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri.Penterjemah:Muhammad Ramzi Omar.Cetakan Keempat 2009.Sirah Nabawiyyah:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.