30 Mei 2010

ORANG BERTAUBAT


Allah yang maha mengetahui setiap aib,kejelakan,kekurangan dan maksiat yang kita lakukan.Ia membantu kita berani mengakuinya,kerana tiada insan yang selamat melainkan dengan keampunan Allah.Maka menjadi kewajipan bagi setiap insan untuk bertaubat.

Terdapat beberapa tahap bagi orang yang bertaubat :

Taubat Orang Awam

Orang awam bertaubat hanya untuk dosa-dosa besar seperti zina dan mencuri,sementara itu dia masih tetap melakukan dosa-dosa yang dianggap kecil.Dia hnaya sedar dosa-dosa besar tapi dalam masa yang sama memandang ringan terhadap perbuatan-perbuatan dosa yang dirasakan padanya tidak seberapa.

Taubat Orang Khusus

Orang yang berada pada tahap ini sudah bertaubat daripada dosa-dosa kecilnya.Dia bertaubat kepada Allah kerana adanya perasaan dengki pada temannya ataupun pada masa dia berasa hebat dengan dirinya sendiri,mungkin kerana pekerjaan dan penghormatan masyarakat kepada dirinya.

Taubat Orang Yang Khusus Bil Khusus

Orang yang berada di tahap ini bukannya bertaubat kerana maksiat,bahkan kerana masa-masa dia lalai daripada mengingati Allah.Dia bertaubat lantaran kegagalannya solat pada awal waktu,juga pada masa dia gagal melakukan solat sunat.Dia sedih hanya mampu bersedeqah dengan wang yang sedikit.Dia menyesal,mengapa tidak dilakukan yang terbaik untuk Allah.Dia kerap menyesal,ladang amal yang terbentang luas baginya tidak dikerjakannya semaksimum mungkin.segala taubatnya didasari oleh perasaan yang tidak puas kerana tidak membuat yang terbaik untuk Allah.

Kesimpulanya,setiap manusia mempunyai tahap yang berbeza dalam melaksanakan tuntutan taubat dan kefahaman terhadap kesan dosa yang dilakukan,ada dikalangan manusia hanya meletakkan dosa-dosa besar sebagai wasilah untuk dia bertaubat.namun pada hakikatnya setiap perbuatan dosa sudah tentu perlu kepada taubat tidak kira sama ada dosa kecil ataupun besar.
 
Wallahu A'lam.
















14 Mei 2010

TIRAI KEINSAFAN

Keinsafan merupakan gerakan dalaman seseorang insan yang betul-betul ingin kembali kepada Allah maha pencipta.Ia berlaku adalah disebabkan terdapat faktor pendorong kearah mencari jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Faktor pendorong yang membawa manusia kepada keinsafan ialah musibah yang dihadapinya.Musibah yang ditimpakan kepada seseorang adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada umat manusia agar sentiasa mengingati Allah s.w.t dan mengejutkan manusia yang sedang lena dibuai mimpi keindahan dan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya:Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warna-nya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Surah Al Hadiid, 57: 20)

Walaupun ramai dikalangan manusia yang menyedari bahawa dunia ini hanyalah sementara namun mereka tetap menjadikan dunia sebagai matlamat utama kerana apa yang dipersembahkan didunia begitu jelas nampak dimata ibarat kata pepatah "Sudah Terang Lagi Bersuluh"tetapi apa yang dijanjikan untuk akhirat semuanya tidak nampak dengan jelas oleh mata kasar hanya keimanan sahaja yang dapat membuktikan bahawa setiap janji Allah terhadap perkara ghaib pasti akan berlaku seperti seksa neraka dan nikmat syurga.Dan bagi orang yang beriman mereka yakin terhadap perkara-perkara ghaib tanpa syak dan ragu-ragu dan mereka sentiasa berpegang kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.(Surah Al-Baqarah : 3)

Bagi orang-orang yang memahami ayat ini mereka yakin terhadap apa yang dijanjikan oleh Allah dan berusaha untuk memperbaiki diri dengan menginsafi segala salah dan silap terhadap Allah kerana setiap yang ghaib itu perlu diyakini dan ia pasti berlaku.Walaupun ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Keinsafan terhadap sesuatu kesalahan merupakan guru terbaik kepada manusia kerena kebiasaannya keinsafan itu datangnya dari kesedaran diri sendiri tanpa asakan atau desakan daripada seseorang.Bahkan ianya datang hasil dari rasa takut terhadap Allah s.w.t. dan keinginan untuk berubah kearah yang lebih baik demi mencari keredhaan Allah s.w.t.

Kesimpulannya,walaupun musibah yang melanda terhadap diri seseorang pada awalnya seolah-olah Allah tidak adil dan ada yang sampai ketahap buruk sangka terhadap Allah.Tetapi hakikatnya Allah lebih mengatahui apa yang ditimpakan keatas hambanya akan  memberi manfaat dan mengandungi hikmah yang tidak diketahui oleh manusia yang serba lemah dan ilmu yang cukup terbatas dan musibah yang melanda sebenar membuka tirai keinsafan kepada hambanya yang bertaqwa.

 Wallahu A'lam