08 Disember 2009

MY FAMILY


Ya Allah Pimpinlah Kami Ke Jalan Yang Di Redhai Oleh Mu !!

07 Disember 2009

TANDA-TANDA PERPISAHAN

Setelah dakwah Islam mula sempurna dan Islam mula menguasai kedudukan,maka mulalah kelihatan tanda-tanda bahawa baginda akan meninggalkan kehidupan dan manusia ini.Ianya terpancar melalui perasaan Rasulullah s.a.w dan tampak jelas melalui ungkapan-ungkapan dan tindak tanduknya. Semasa bulan Ramadhan tahun 10 Hijrah,Baginda beriktikaf selama 20 hari,padahal sebelum itu baginda hanya beriktikaf 10 hari sahaja.Jibril datang kepadanya untuk bertadarus al-Quran sebanyak 2 kali pada tahun itu.Semasa Haji Wada' Baginda ada menyebutkan:"Sesungguhnya aku tidak pasti,entahkan aku tidak akan bertemu kamu lagi selepas tahun ini di tempat ini selama-lamanya"Katanya lagi,ketika berada dekat jamrah al-Aqabah,pelajarilah daripadaKu ibadat-ibadat haji kamu,kerana bolah jadi aku tidak akan berhaji lagi selepas tahun ini"Surah al-Nasr pula turun kepada baginda pada pertengahan hari-hari Tasriq.Justeru,dapatlah difahami bahawa ianya membawa maksud perpisahan dan Baginda rupanya sedang menyiarkan berita kematiannya sendiri. Pada awal bulan Safar tahun 11 Hijrah,Rasulullah s.a.w keluar ke Uhud.Di situ Baginda berdoa kepada para Syuhada' bagaikan orang yang mengucapkan selamat tinggal untuk orang hidup dan orang mati.Kemudian Baginda beredar dan naik di atas mimbar seraya berkata: "Sesungguhnya aku akan mendahului kamu,dan aku akan menjadi saksi terhadapmu.Demi Allah aku sekarang benar-benar sedang melihat kepada kolam Ku.Sesungguhnya aku akan diberikan kunci seluruh kekayaan bumi atau kunci-kunci bumi.Demi Allah,Aku bukannya bimbang kamu akan syirik selepasku tetapi yang aku bimbangkan ialah kamu berlumba-lumba merebut dunia. Pada suatu malam(pada tengah malam)Baginda keluar ke Baqi' lalu memohon pengampunan untuk penghuni perkuburan Baqi' sambil berkata:"Assalamualaikum hai penghuni kubur,moga kamu bersenang lenang dengan nikmat yang kamu kecapi di dalamnya berbanding orang lain yang menghadapi keadaannya.Telah datang fitnah-fitnah persis sebahagian malam yang gelap gelita.Fitnah yang kemudian menyusuli selepas yang awal sedangkan yang kemudian itu lebih buruk dari yang awal"Kemudian Baginda mengembirakan penduduk kubur itu dengan kataNya:"Sesungguhnya kami akan menyusuli kamu"

Sumber : Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri.Penterjemah:Muhammad Ramzi Omar.Cetakan Keempat 2009.Sirah Nabawiyyah:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.



24 November 2009

15 November 2009

Duhai anakku tercinta... Di kala kau sedang lena di pembaringan dibuai mimpi indah,Digigit dingin dinihari, Kutatap wajah suci mu,Berombak-ombak pipi mu Lalu kau tersenyum seolah-olah menyapa kehadiranku Kulihat kau persis selembar kain putih Yang terbentang untuk diwarnai Hijau,kuning,biru @ merah Demi Allah duhai anakku tercinta Kan ku lukis kebesaran Tauhid Kucorak Sunnah Rasulullah Kulakar jalan lurus ilmu syariah Kuadun warna-warna kesucian Kuterap ilmu kemahiran hidup Kuhiasi dengan ilmu hikmah Untuk bekalanmu Bermusafir di muka bumi Allah ini.

Sumber :Duhai Anakku Yang Tercinta...Haji Muhammad Zakaria : Telaga biru.

25 Oktober 2009

DOA MEREKA UNTUK KITA


Istimewanya Islam ialah kita bukan sahaja mendoakan diri sendiri bahkan kita boleh mendoakan orang lain,sebagaimana makhluk-makhluk Allah turut mendoakan orang yang beriman.
Malah doa seorang hamba kepada saudaranya adalah makbul sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
"Tiada seorang muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang,melainkan malaikat berkata kepadanya,Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu" ( Hadis Riwayat Muslim )
Antara orang yang sering mendoakan kita ialah :



  • Ibu bapa

  • Orang lemah yang pernah kita bantu

  • Anak-anak yatim

  • Sahabat-sahabat seperjuangan dalam iman dan agama.

  • Para Malaikat

  • Makhluk-makhluk Allah yang lain sama ada di daratan mahupun di lautan.

Sekarang sedarkah kita?Ibu bapa yang mengasihi kita sering mendoakan anak-anaknya,orang yang memerlukan dan anak-anak yatim yang pernah kita bantu juga tak lupa mendoakan kita,doa yang ikhlas datang dari hati yang tulus.
Oleh itu,banyakkan berbuat kebaikan dan jadilah hamba yang soleh agar kita sering didoakan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.

Sumber : Majalah Solusi Isu 12

03 Oktober 2009

SEKADAR HIASAN

INSAN MULIA BANYAK BERJASA


ABG.SULUNG&KAKAK IPAR

MY FAMILY


MY FAMILY


NAPI(ADIK IPAR),AKAK(ADIK AKU)&FATIN


INTAN(ADIK IPAR)&POK NAN(ADIK AKU)


ADIK AKU POK MAT


ADIK2 AKU KAK CIK&AZIE POOH&ADIK BONGSU (ADIK TIMAH)


AKU,ISTERI&ANAK2


AKU&SAHABAT(MR.SHAHRIL&WIFE)


PUTERI AKU(NURI)


MY FAMILY

06 September 2009

SUMPAH SYAITAN HINGGA HARI KIAMAT

Sejarah perseteruan antara kita dan iblis bermula sejak hari pertama kewujudan datuk kita Nabi Adam a.s.Perhatikanlah ikrar keramat iblis,Ketua segala syaitan ini :

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

"Berkata (Iblis)Oleh sebab Engkau telah menghukum aku sesat,maka demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalan Mu yang lurus;kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka;dan engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur."(Surah : Al-A'raf 16&17)

"Berkata (iblis)"Wahai Tuhanku!Oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,aku pasti akan menjadikan mereka memandang baik(segala maksiat dan keingkaran)di muka bumi ini,dan pasti aku akan menyesatkan mereka itu semua"(Surah : Al-Hijr 39)

Allahlah yang menciptakan kita!Dan Allah jugalah telah menciptakan syaitan!Di sini,Allah sendiri yang memberitahu kita bahawa syaitan ialah musuh kita yang nyata.Persoalannya sekarang apakah kita benar-benar merasakan bahawa syaitan itu ialah musuh dan seteru kita yang nyata?

Bersamalah Kita fikirkan perkara ini demi mencapai keredhaan Allah s.w.t dan manjauhkan diri daripada godaan syaitan yang menyesatkan.

Sumber : Masjid itu hidupku,Mohd Gunawan Che Ab.Aziz,Telaga Biru.

04 September 2009

HALWA TELINGA

PENANTIAN BERAKHIR JUA

Alhamdulillah,inilah ungkapan yang keluar dari mulut aku apabila terima sms dari isteri tersayang pada 02.09.2009 yang menyatakan bahawa ada berita baik....Nak tahu apa berita tersebut?...Ha..ha..rupa-rupanya pada pagi 02.09.2009 tetiba sahaja isteri aku dapat surat tukar dari Sk.Kanibongan ke Sk.Pekan Tamparuli.
Sk.Pekan Tamparuli tu ok la, tak la jauh sangat dengan rumah kami di Taman Seri Indah,Lebih kurang 23 Km je&perjalanan lebih kurang 25 minit je.Setelah berkahwin lebih kurang 3 tahun jugak la kami dipisahkan tanpa rela..he.he..tapi walaupun berjauhan sempat jugak la kami dapat 2 orang anak...rezeki la katakan.
Kini Alhamdulillah kami disatukan kembali dengan izin Allah s.w.t dapat la kami hidup bersama dan dapat la kami sama-sama membesarkan anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah sebagai satu amanah yang perlu dijaga dengan baik.Kalau sebelum ni Isteri aku je yang banyak berkorban menjaga anak-anak bersendirian...aku memang respect giler ar terhadap isteri aku kerana begitu tabah menghadapi ujian yang aku fikir terlalu berat untuk ditanggung secara bersendirian...I love u Sayang!Segala pengorbanan Sayang,Abang amat hargai dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.Semoga keluarga kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t dan sentiasa ceria disamping anak-anak tersayang.Amin!

02 September 2009

01 September 2009

10 PERINGATAN BUMI

"Untuk Peringatan Pada Diri Yang Sering Alpa Dengan Keindahan Dunia Yang Hanya Palsu Belaka"
Sedarlah bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih lagi ramai manusia yang lalai dan leka.Berkata Anas bin Malik r.a "Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."

  • Wahai anak adam!Berjalanlah di atas perutku.tetapi ingatlah!Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  • Engkau melakukan maksiat di atas belakangku.tetapi ingatlah!Engkau akan diazab di dalam perutku.
  • Engkau ketawa diatas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan menangis di dalam perutku.
  • Engkau bergembira di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan bersedih di dalam perutku.
  • Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau tidak akan memiliki walau secebis harta di dalam perutku.
  • Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi ingatlah!Jasad engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  • Engkau angkuh di atas belakangku,Tetapi ingatlah! engkau akan dihina di dalam perutku.
  • Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan hina.
  • Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  • Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,tetapi ingatlah!Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

SALAM UKHWAH FILLAH!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

20 Ogos 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Wahai orang yang beriman!kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa ( Surah Al-Baqarah : 183 )
Ehm...Ramadhan bertandang lagi tahun ini.Ada Ramadhan adalah puasa.Puasa diwajibkan dalam Islam pada bulan Ramadhan.Alhamdulillah ramai umat Islam menunaikan ibadat ini dengan baik.Siang hari berpuasa daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dan malamnya berterawih di masjid atau surau berhampiran.
Insya-Allah kalau diizinkan Allah, Kita akan bertemu Ramadhan,Semoga kesempatan kita berada dibulan Ramadhan pada tahun ini tidak kita sia-siakan dan berusahalah untuk menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik dalam hidup kita.
Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam....!

18 Ogos 2009

14 Ogos 2009

13 Ogos 2009

AL-FATIHAH BUAT ARWAH USTAZ ASRI (RABBANI)


Rebah Ketika Membuat Rakaman Syahadah Di Angkasapuri RTM&Membawa Kepada Kematian Pada Jam 11.00 Pagi Di Pantai Medical Centre


Perginya Seorang Penghibur(Ustaz Asri Ibrahim,Tengah)Yang Memartabatkan Nasyid Tanah Air,Semoga Beliau Dirahmati Allah Dan Ditempatkan Bersama-sama Orang Soleh.

09 Ogos 2009

IKHTIAR MENGHINDARI H1N1

Setiap penyakit datangnya dari Allah.Oleh itu,kepada Allah jugalah Kita perlu memohon pertolongan agar dihindarkan dari sebarang penyakit berjangkit yang sedang rancak menular pada saat dan ketika ini.

08 Ogos 2009

HANYA ALLAH

Bercerita sesama insan memang diakui dapat melepaskan ketegangan yang bersarang di dada.Oleh sebab itu ramai pakar psikologi menasihatkan agar kita menceritakan masalah kepada orang yang dipercayai.
Namun kita harus ingat tidak semua orang dapat membantu masalah yang dihadapi,malah tidak kurang juga yang mencerca diri serta memberi pelbagai persepsi.Kesedihan yang diharap beransur pergi tidak menjadi realiti malah terus menghantui diri.
Jadi kepada siapa kita harus mengadu?Siapa yang pasti membantu tanpa persepsi?Hanya Dia....Siapa?Dia yang Maha Agong,Maha Pengasih.Maha Kaya.Maha Mendengar,Maha Melihat,Maha Adil&segala-galanya iaitu Allah s.w.t.Kepada Dia kita berserah,kita mengadu menerusi doa dan ibadah.Hanya ibadah dapat membentuk peribadi dan pengikat antara kita hambanya dengan Allah.Segala ibadat yang dilakukan dengan ikhlas dan tawaduk menjadi pertalian terus tanpa ada orang pertengahan yang menapis,menghalang dan sebagainya.
Segala isi hati,rintihan dan luahan pasti didengar Nya dan yakinlah Allah akan sentiasa bersama dengan insan bertaqwa.

Sumber : Majalah Nur,September 2009

05 Ogos 2009

BACA JANGAN TAK BACA

AZAM & CITA-CITA MANUSIA


Azam Atau Cita-Cita Manusia Terbahagi Kepada 4 Macam :

Pertama
: Seseorang yang berazam hendak melakukan sesuatu kebajikan,kemudian dia terus melakukannya tepat seperti yang di azamkannya.Orang itu akan di ganjari oleh Allah dengan 2 pahala.Satu pahala kerana keazamannya yang baik dan satu pahala lagi kerana kebajikan yang sudah dilakukan.

Kedua
: Seseorang yang berazam hendak melakukan sesuatu kebajikan,tetapi oleh kerana sesuatu halangan dia tidak dapat melakukannya,mungkin kerana tidak ada kemampuan,ataupun kerana sakit atau kerana sudah terlewat masanya atau kerana sebab-sebab yang lain.Oleh kerana keazamannya yang baik itu maka Allah akan mengganjarinya juga dengan satu pahala.

Ketiga
: Seseorang yang berazam hendak melakukan sesuatumaksiat dan tatkala dia hendak melakukan maksiat itu,dia teringat kepada Allah lalu terasa gementarlah segala batang tubuhnya kerana katakutan akan ditimpakan ke atasnya kemurkaan Allah.Maka dia segera berbalik dari niat asal tadi serta beristighfar kepada Allah menyesali dirinya atas keazamannya yang jahat itu serta bertaubat memohon keampunan kepadaNya.Oleh kerana dia tidak meneruskan keazamannya yang jahat itu maka Allah swt akan mengganjarinya satu pahala.

Keempat : seseorang yang berazam hendak melakukan suatu maksiat,lalu dia melakukannya tanpa segan dan silu lagi seperti yang diazamkannya,maka berdosalah dia.Oleh kerana yang demikian maka dia akan menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan itu.

Sumber : Kuliah Subuh-Pada Membicarakan Hadis 40 : Syed Ahmad Semait : Pustaka Nasional Singapura.

04 Ogos 2009

KULIAH MAGHRIB DI CLUSTER A&B


Dengar Dengan Penuh Khusyuk

Senyum Itu Sedeqah


Muslimat Harapan Agama&Bangsa


Dengan ilmu yang amat terbatas yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan diri serba kekurangan ini,saya berusaha untuk mengadakan Kuliah Maghrib kepada para pelajar di surau cluster A&B.Semoga apa yang saya lakukan sedikit sebanyak dapat membantu untuk menyemarakkan lagi majlis ilmu di UiTM Sabah.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :" Sampaikanlah Daripada Ku Walaupun Sepotong Ayat"








SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR ZAKAT

Zakat adalah salah satu rukun Islam daripada yang lima. Ianya disebut selepas kalimah solat. Jika kita perhatikan,zakat disebut turutan yang ketiga atau dalam makna yang lain kedudukannya berada di tengah-tengah empat rukun Islam yang lain. Meskipun ianya disebut pada turutan yang ketiga,namun maqam atau kedudukannya di sisi Allah adalah sama tinggi dan sebaris dengan kalimah syahadah,solat,puasa di bulan Ramadhan serta haji di Baitul Allah Makkah Al Mukarramah
Azab seksaan yang amat pedih lantaran menolak Kalimah Syahadah,Solat,Puasa di Bulan Ramadhan dan juga mengerjakan haji bagi yang berkemampuan akan dirasai sama jika menolak pelaksanaan Ibadat Zakat dalam kehidupan seorang individu Muslim. Menolak kalimah syahadah,solat,puasa dan juga mengerjakan haji bagi yang mampu dalam kehidupan seseorang manusia bermakna menolak iman dalam kehidupan. Begitu jugalah sebaliknya menolak zakat dalam kehidupan adalah penafian sebesar-besarnya terhadap Iman dan Islam.

Justeru itu,untuk melengkapkan diri sebagai seorang yang sejati maka kenalah dikerjakan keseluruhan lima rukun Islam tersebut . Fenomena ini hakikatnya memang berlaku di kalangan umat Islam yang beriman dengan solat tapi tidak mahu melaksanakan Zakat sedangkan kedua-duanya di tuntut oleh ajaran agama Islam untuk disempurnakan. Setiap rukun Islam hendaklah dikerjakan keseluruhannya dan janganlah disebabkan kita merasa berat dengan Zakat maka kita tinggalkannya dan hanya melaksanakan rukun yang lain sedangkan Allah SWT menganjurkan kita menyempurnakan kesemuanya seperti mana mafhum firman Nya di dalam Al Qur'an " Masuklah kamu sekalian ke dalam Islam keseluruhannya ".

Namun begitu keistimewaan yang ada pada Zakat dalam rukun Islam amat terserlah dengan kedudukannya yang disebut dalam turutan yang ketiga. Justeru itu,tanggungjawab untuk membayar zakat bagi yang layak adalah satu kewajipan yang mana jika tidak di lakukan akan membawa kepada dosa dan tidak akan beroleh magfirah dan kasih sayang daripada ALLAH.
Semoga kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki amalan dan penghayatan Islam dalam hidup untuk mendapatkan redha dan kasih sayang dari Allah.


Sumber : Pusat Zakat Sabah

02 Ogos 2009

MEMBUKA KUNCI KEBAHAGIAAN-EPISOD 2

Kedua : Beriman Kepada Qadha' Dan Qadar

Qadha' dan qadar,baik dan buruk semuanya datang dari Allah.Ketahuilah,bila ada musibah menimpa dirimu maka ianya bukanlah kerana kesalahanmu semata-mata,dengan kata lain,kesalahan yang kamu lakukan tidak mesti menyebabkan musibah bagimu di dunia.Kerana semua telah ada dalam ketentuan Allah Taala.

Redha dengan bahagian rezeki dari Allah dan tabah menerima berbagai kemungkinan yang bakal ditimpakan Allah padanya.Maka,siapa saja yang tidak beriman kepada qadhak dan qadar dia pasti hancur.
Sebagai contoh keimanan kepada qadhak dan qadar adalah kisah Urwah bin Zubair.Kaki beliau terkena penyakit kanser sehingga harus dipotong.Keadaan itu beliau terima dengan tabah.Ketika doktor menyarankan agar beliau minum khamar(arak) agar mengurangi rasa sakit saat dipotong,beliau menolak.Beliau berkata,aku tunjukkan cara lain,yakni tatkala aku sedang solat maka kerjakanlah apa yang anda inginkan,kerana hati tatkala sedang bergantung kepada Allah maka tidak akan berasa dengan apa yang sedang mengenai dirinya.
Benar,tatkala Urwah sedang bertakbir dan solat,operasi pun dilakukan,beliau tidak bergerak sedikitpun dan pemotongan itu pun berjaya dengan baik."Allahu Akbar".Itulah buah iman yang sungguh-sungguh kepada qadhak dan qadar.Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Dan tidak akan diberikan sifat itu kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak diberikan melainkan kepada orang yang mempunyai kebahagiaan"(Surah:Fushilat : 35)

Bersambung...Hu...Hu...!

01 Ogos 2009

MEMBUKA KUNCI KEBAHAGIAAN-EPISOD 1

Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara.Kamu tidak akan tersesat bila kamu berpegang teguh kepadanya,yakni Kitabullah(Al-Quran dan As-Sunnah"(Hadis Riwayat Muslim)
Semua orang ingin bahagia.Tetapi sedikit yang berusaha melakukan sebab-sebab bagi tercapainya bahagia.Dengan kata lain,mereka tidak mahu menyentuh kunci bahagia.Sama seperti dikatakan penyair :
"Kejayaan Yang Kau Ingini,Namun Usahamu Tak Bererti,Sedikit Sekali,Sungguh,Perahu Itu Tak Mungkin Berlabuh Di Permukaan Tanah Kering"
Sesungguhnya ada banyak kunci yang boleh membuat kita bahagia,tetapi tidak ada cara lain yang lebih elok dari yang telah ditujukan oleh Islam.

12 KUNCI KEBAHAGIAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Kebahagiaan adalah idaman setiap orang.Tetapi tidak semua orang boleh mendapatkan kebahagiaan,sebab ianya adalah satu perjuangan bertungkus-lumus.Ada 12 kunci kebahagiaan,iaitu :
Pertama : Iman Kepada Allah & Beramal Soleh
Allah s.w.t berfirman,maksudnya : "Siapa saja yang beramal kebajikan,baik laki-laki mahupun perempuan sedangkan dia dalam keadaan beriman maka Aku akan hidupkan mereka dalam kehidupan yang baik"(Surah An-Nahl : 97)
"Sesiapa saja beriman kepada Allah dan hari akhir serta beramal soleh mereka tidak pernah takut dan tidak pernah bersedih"(Surah Al-Maidah : 69)


Bersambung......He..He..!