10 Februari 2010

JATUHNYA CINTA ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:"Secinta-cinta tempat di dalam sesuatu negeri di sisi Allah Taala ialah masjid-masjidnya dan sebenci-benci tempat di dalam sesuatu negeri itu di sisi Allah ialah pasar-pasarnya"

(Riwayat Muslim)


Hidupkanlah mata hati kita dan renungilah dengan kaca mata iman,apakah yang telah diisytiharkan oleh rasulullah s.a.w melalui hadis ini?Dengan menggunakan kata-kata yang begitu jelas dan tegas,Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa masjid-masjid itu ialah tempat yang paling dicintai,dikasihi dan disukai oleh Allah Tabaraka wa Taala.

Sesungguhnya masjid ialah tempat yang merupakan tumpuan pandangan kasih Allah Taala.Walaupun bentuk binaannya mungkin berlainan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain,tetapi di sisi Allah kemuliaan yang diberikan tetap sama. Sama ada masjid yang tersergam indah dan bernilai jutaan ringgit ataupun sebuah masjid yang hanya bertiang batang nibong,berdinding anyaman buluh danberatap rumbia,kemuliaannya tetap sama di sisi Allah Taala.Itulah tempat yang paling dicintai oleh Allah Taala dalam sesuatu kawasan.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Dan orang yang beriman itu bersangatan cinta mereka kepada Allah"

(Surah Al-Baqarah 2 : 165)

Sumber : Masjid Itu Hidupku.Mohd Gunawan Che Ab.Aziz.Telaga Biru.


05 Februari 2010

SELAMAT MALAM!

Orang tua kita pernah berpesan,sebelum tidur kebut dahulu tilam dengan sarung atau selimut.Ini sebenarnya bersumber daripada Rasulullah s.a.w lebih seribu empat ratus tahun yang lalu.

Baginda berpesan :
"Apabila salah seorang diantara kalian akan tidur,maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang akan meninpanya"(Shahih Al-Bukhari)

Ketahuilah bahawa manusia terbahagi kepada 3 kategori pada waktu malam;

Pertama : Mereka yang mendapat pahala iaitu mereka yang menjadikan tidur sebagai satu ibadah.

Kedua : Mereka yang mendapat dosa iaitu yang melakukan maksiat pada malam hari atau melakukan aktiviti sia-sia hingga tidur lewat dan terrluput waktu subuh.


Ketiga : Mereka yang tidak mendapat pahala atau dosa,iaitu mereka yang menjadikan tidur sekadar aktiviti kebiasaan.


Wallahu A'lam.

04 Februari 2010

SEBARKANLAH SALAM

Ramai orang yang tidak atau sengaja untuk tidak menyedari bahawa antara rahsia yang boleh mengeratkan perpaduan,ikatan persefahaman dan kasih mengasihani sesama ahli masyarakat ialah menyebarkan salam dan bertanya khabar tentang diri masing-masing.
Tentang keutamaan memberi salam ini,Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud r.a :
Maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang lebih dahulu memberi salam kepada yang lain"
Harus diingat bahawa memberi salam bukan sahaja kepada orang yang kita kenali bahkan kita dianjurkan supaya memberi salam kepada sesiapa sahaja yang kita temui.

Wallahu A'lam.