10 Februari 2010

JATUHNYA CINTA ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:"Secinta-cinta tempat di dalam sesuatu negeri di sisi Allah Taala ialah masjid-masjidnya dan sebenci-benci tempat di dalam sesuatu negeri itu di sisi Allah ialah pasar-pasarnya"

(Riwayat Muslim)


Hidupkanlah mata hati kita dan renungilah dengan kaca mata iman,apakah yang telah diisytiharkan oleh rasulullah s.a.w melalui hadis ini?Dengan menggunakan kata-kata yang begitu jelas dan tegas,Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa masjid-masjid itu ialah tempat yang paling dicintai,dikasihi dan disukai oleh Allah Tabaraka wa Taala.

Sesungguhnya masjid ialah tempat yang merupakan tumpuan pandangan kasih Allah Taala.Walaupun bentuk binaannya mungkin berlainan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain,tetapi di sisi Allah kemuliaan yang diberikan tetap sama. Sama ada masjid yang tersergam indah dan bernilai jutaan ringgit ataupun sebuah masjid yang hanya bertiang batang nibong,berdinding anyaman buluh danberatap rumbia,kemuliaannya tetap sama di sisi Allah Taala.Itulah tempat yang paling dicintai oleh Allah Taala dalam sesuatu kawasan.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Dan orang yang beriman itu bersangatan cinta mereka kepada Allah"

(Surah Al-Baqarah 2 : 165)

Sumber : Masjid Itu Hidupku.Mohd Gunawan Che Ab.Aziz.Telaga Biru.


Tiada ulasan: