25 September 2012

PATUHI IBUMU

Ibu merupakan seorang insan yang agung dan istimewa.Islam mengakui perkara tersebut dan tidak hairanlah mengapa terdapat banyak ayat dan hadis Nabi s.a.w yang berkaitan dengan seorang ibu.Namun semuanya dapat dipastikan menuju satu muara iaitu etika yang harus diperlihatkan dan dijunjung tinggi oleh seorang anak ketika berhadapan dengan ibunya.Penekanan terhadap masalah ini biasanya juga diiringi dengan fakta yang menyatakan betapa berat perjuangan seorang ibu dan betapa besar kasih sayang yang dilimpahkannya untuk putera dan puteri tercinta.

Kepatuhan juga menjadi masalah yang tidak boleh dipandang remeh kerana Islam sendiri memberikan bimbingan agar seoarang anak selalu patuh pada apa jua yang diperintahkan oleh seoarang ibu.Dengan syarat selama perintah tersebut tidak melanggar atau bertentangan dengan perintah dan larangan yang telah digariskan oleh Allah s.w.t.Jika hal ini yang terjadi,maka seoarang anak diperbolehkan untuk tidak mematuhi perintah orang tua tersebut.akan tetapi,jangan menganggap perkara ini bermaksud kita tidak perlu mematuhi sama sekali,apatah lagi mengabaikannya.Bukan begitu!Dalam hal lain,Islam tetap mengharuskan seorang anak bersikap kasih sayang terhadap ibunya.Bukan sahaja melakukan perkara-perkara besar yang boleh membahayakan fizikal seorang ibu,malah sekadar berkata sedikit kasar seperti "ah"juga sangat dilarang dalam Islam.

Allah s.w.t. telah berfirman maksudnya :
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah",dan janganlah kamu mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia." ( Surah al-Isra' : 23 )

Terdapat sebuah kisah menarik tentang kepatuhan seorang anak yang diajarkan Islam terhadap ibunya.Meskipun si ibu tersebut bukan seagama dengan si anak :
 

23 September 2012

MEMELIHARA KURNIAAN HIDAYAH


Semoga Allah mengurniakan kepada kita keyakinan mengenai betapa mahalnya nikmat hidayah dan betapa tidak ternilainya nikmat iman.Bahkan tiada yang senilai
dengannya daripada seluruh isi dunia ini.Hanya dengan berbekal keyakinan awal ini,kita dapat memiliki peribadi Muslim yang sejati.Insya-Allah.

Hidayah bermaksud penunjuk jalan.Hidayah adalah peta penunjuk ke jalan yang benar dan hanya dianugerahkan kepada hamba-hamba yang dikehendaki Allah.Allah adalah zat maha memberi penunjuk.Ini bersesuaian dengan salah satu nama indahnya iaitu al-Hadi,bermaksud yang membimbing ke jalan yang benar.