15 Julai 2009

CAHAYA HIDAYAH

Kita dapat melihat apabila ada dua cahaya.cahaya di dalam mata dan cahaya di luar mata.Jika mata tidak buta,tetapi keadaan sekelilingnya gelap pekat tanpa cahaya,kita tidak akan dapat melihat apa-apa jua pun.Walaupun berada di siang hari,dengan cahaya matahari memenuhi bumi,tetapi mata kita buta kita tetap juga tdak dapat melihat apa-apa.
Cahaya amat penting dalam kehidupan kita.Bagi memenuhi keperluan kepada cahaya ini,manusia telah mengarahkan akal fikiran mereka bagi mengatasi kegelapan.Pelbagai cara diusahakan,daripada menyalakan unggun api,jamung,pelita ayam,lilin,damar,lampu kabaid,lampu gasolin sehinggalah lampu neon dan kalimantang,semua ini mempunyai satu maksud yang sama iaitu untuk membawa cahayadan menghilangkan kegelapan.Berkadar dengan sejauh mana kekuatan cahaya yang dibawa,maka sejauh itulah jugalah kegelapan akan hilang.
Demikianlah keperluan kita kepada cahaya zahir untuk membolehkan kita melihat sesuatu.Maka untuk mata hati (Basirah) kita,ia juga memerlukan sejenis cahaya bagi membolehkan kita melihat dan mengenal sesuatu kebenaran.Sekiranya mata zahir kita kita ini memerlukan cahaya matahari atau lampu untuk melihat,maka mata hati(Basirah)kita memerlukan cahaya"Cahaya Hidayah"untuk menerangi kehidupan kita.
Semoga dengan"Cahaya Hidayah" itu kita dapat melihat dengan jelas yang manakah perkara yang baik dan yang mana satukah perkara yang buruk.Untuk dapat membezakan antara perkara yang hak dan batil.Untuk mengenal mana satu perkara yang membawa kejayaan dan mana satu membawa kegagalan.Tanpa pancaran "Cahaya Hidayah"menerangi mata hati (Basirah) kita,kita akan teraba-raba dalam kegelapan.Ingat didalam gelap,kita tidak tahu entah tali yang kita pegang atau ular yang berada di tangan!

Sumber : Masjid Itu Hidupku : Mohd.Gunawan Che Ab.Aziz :Terbitan Telaga Biru.

Tiada ulasan: