Semoga Allah s.w.t yang maha agong menolong kita supaya setiap perkataan yang kita ucapkan adalah baik.Sesungguhnya berbicara itu mudah,tetapi adalah berat bagi melaksanakannya.Mulut bagaikan muncung teko yang hanya tahu mengeluarkan isinya sahaja.Walau apapun yang kita katakan,ia menunjukkan siapakah diri kita yang sebenarnya.Contohnya,penghinaan kita terhadap seseorang sebenarnya menunjukkan kehinaan diri kita sendiri apabila dibandingkan dengan kehinaan orang yang kita hina.
Perkataan yang baik membuktikan keislaman seseorang.Sesungguhnya,setiap orang hendaklah memastikan kata-kata yang diucapkan adalah benar-benar baik.Berdiam diri adalah lebih baik.Berkata yang baik tentu lebih bermanfaat apabila dibandingkan dengan berdiam diri.Tetapi,menghindarkan diri akibat daripada perkataan yang kurang baik lebih bermanfaat daripada memaksa diri berbicara yang mengakibatkan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri mahupun orang lain.
Alangkah rugi apabila waktu kita habiskan sekadar berbicara berkaitan dengan perkara-perkara yang tidak penting.Kadang-kadang kita tidak mampu memastikan topik yang kita bicarakan itu bermanfaat ataupun tidak.Bahkan,seringkali kita tidak berdaya menghindarkan diri daripada perbualan yang berbaur fitnah,umpatan dan permusuhan.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menjaga lidah kita supaya sentiasa berbicara mengenai perkara yang bermanfaat.Pepatah melayu ada menyatakan"Sebab Mulut Badan Binasa"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan