07 Januari 2010

MANA JADI PILIHAN

Diceritakan:Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al-Balkha di Mekah. Ibrahim bertanya:Bagaimana mulanya kamu jadi demikian?
Syaqiq menjawab:Aku melalui sebuah padang pasir.Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya di situ.Maka aku berkata:Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki.Lalu aku memerhatikannya.Tiba-tiba ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya,menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu.Maka uku berkata:Sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberiku rezeki di manapun aku berada.Maka aku tinggalkan bekerja dan aku menyibukkan diri dengan Beribadah"
Ibrahim berkata:"Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sihat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu,sehingga lebih mulia daripadanya?Tidakkah engkau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah"Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin selalu mencari yang lebih tinggi di antara dua darjat dalam segala urusannya.Sehingga engkau mencapai makam orang yang abrar"
Kemudian;
Syaqiq:Memegang tangan Ibrahim dan menciumnya seraya berkata,"Adalah engkau guruku wahai Abu Ishaq"


Sumber:Imam al-Ghazali,Penenang Jiwa(Mukasyafah al-Qulub),2008,Wholesale-Mart Business Point S/B,Kuala Lumpur;ms 129-130.


Tiada ulasan: