10 Februari 2010

JATUHNYA CINTA ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:"Secinta-cinta tempat di dalam sesuatu negeri di sisi Allah Taala ialah masjid-masjidnya dan sebenci-benci tempat di dalam sesuatu negeri itu di sisi Allah ialah pasar-pasarnya"

(Riwayat Muslim)


Hidupkanlah mata hati kita dan renungilah dengan kaca mata iman,apakah yang telah diisytiharkan oleh rasulullah s.a.w melalui hadis ini?Dengan menggunakan kata-kata yang begitu jelas dan tegas,Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa masjid-masjid itu ialah tempat yang paling dicintai,dikasihi dan disukai oleh Allah Tabaraka wa Taala.

Sesungguhnya masjid ialah tempat yang merupakan tumpuan pandangan kasih Allah Taala.Walaupun bentuk binaannya mungkin berlainan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain,tetapi di sisi Allah kemuliaan yang diberikan tetap sama. Sama ada masjid yang tersergam indah dan bernilai jutaan ringgit ataupun sebuah masjid yang hanya bertiang batang nibong,berdinding anyaman buluh danberatap rumbia,kemuliaannya tetap sama di sisi Allah Taala.Itulah tempat yang paling dicintai oleh Allah Taala dalam sesuatu kawasan.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Dan orang yang beriman itu bersangatan cinta mereka kepada Allah"

(Surah Al-Baqarah 2 : 165)

Sumber : Masjid Itu Hidupku.Mohd Gunawan Che Ab.Aziz.Telaga Biru.


05 Februari 2010

SELAMAT MALAM!

Orang tua kita pernah berpesan,sebelum tidur kebut dahulu tilam dengan sarung atau selimut.Ini sebenarnya bersumber daripada Rasulullah s.a.w lebih seribu empat ratus tahun yang lalu.

Baginda berpesan :
"Apabila salah seorang diantara kalian akan tidur,maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang akan meninpanya"(Shahih Al-Bukhari)

Ketahuilah bahawa manusia terbahagi kepada 3 kategori pada waktu malam;

Pertama : Mereka yang mendapat pahala iaitu mereka yang menjadikan tidur sebagai satu ibadah.

Kedua : Mereka yang mendapat dosa iaitu yang melakukan maksiat pada malam hari atau melakukan aktiviti sia-sia hingga tidur lewat dan terrluput waktu subuh.


Ketiga : Mereka yang tidak mendapat pahala atau dosa,iaitu mereka yang menjadikan tidur sekadar aktiviti kebiasaan.


Wallahu A'lam.

04 Februari 2010

SEBARKANLAH SALAM

Ramai orang yang tidak atau sengaja untuk tidak menyedari bahawa antara rahsia yang boleh mengeratkan perpaduan,ikatan persefahaman dan kasih mengasihani sesama ahli masyarakat ialah menyebarkan salam dan bertanya khabar tentang diri masing-masing.
Tentang keutamaan memberi salam ini,Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud r.a :
Maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang lebih dahulu memberi salam kepada yang lain"
Harus diingat bahawa memberi salam bukan sahaja kepada orang yang kita kenali bahkan kita dianjurkan supaya memberi salam kepada sesiapa sahaja yang kita temui.

Wallahu A'lam.

28 Januari 2010

KESEDIHAN MENJADI IBADAH

Apa yang membuat anda untuk bersabar?Kenapa anda harus bersedih?Kegundahan apa yang menyelimuti anda?
Kesedihan telah berlalu dan ia merupakan ketetapan.Anda tidak akan mampu menolaknya kecuali Allah yang menjauhkannya daripada anda.
Allah s.w.t tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya.Begitu juga dengan kesedihan,Dia tidak akan menimpakannya pada seseorang kecuali seseorang tersebut mampu menghadapinya.

Jadikanlah musibah sebagai wadah untuk mendapatkan manfaat yang banyak.Dengan demikian,mudah-mudahan kesedihan anda boleh bernilai ibadah,maka bersabarlah atas musibah yang menimpa anda.
Kesabaran merupakan rangkaian yang tersusun daripada i
badah lain,seperti tawakkal,rela dengan keputusan Allah s.w.t dan bersyukur kepada-Nya.
Dengan demikian Allah s.w.t akan menggantikan kesedihan anda dengan kebahagiaan di dunia sebelum kebahagiaan di akhirat kelak.Ini kerana sesiapa yang memenuhi hatinya dengan rela terhadap keputusan dan ketetapan-Nya,maka dia tidak akan pernah mengeluh atas setiap musibah yang menimpanya.Demi Allah,hal ini merupakan sebahagian daripada kebahagiaan.Tidakkah anda memperhatikan wajah orang yang beriman?Bukankah wajah mereka selalu tersenyum bahagia meski dilanda bencana!
Jadilah orang yang bijak,sebab kehidupan dunia tidak selamanya mulus.Selesai satu musibah maka musibah lain pula yang akan datang menghampiri anda.

Sumber : Supaya Gelisah Bernilai Ibadah.Dr.Ibrahim fiqhy.Kemilau Publika Sdn.Bhd.


07 Januari 2010

MANA JADI PILIHAN

Diceritakan:Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al-Balkha di Mekah. Ibrahim bertanya:Bagaimana mulanya kamu jadi demikian?
Syaqiq menjawab:Aku melalui sebuah padang pasir.Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya di situ.Maka aku berkata:Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki.Lalu aku memerhatikannya.Tiba-tiba ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya,menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu.Maka uku berkata:Sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberiku rezeki di manapun aku berada.Maka aku tinggalkan bekerja dan aku menyibukkan diri dengan Beribadah"
Ibrahim berkata:"Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sihat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu,sehingga lebih mulia daripadanya?Tidakkah engkau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah"Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin selalu mencari yang lebih tinggi di antara dua darjat dalam segala urusannya.Sehingga engkau mencapai makam orang yang abrar"
Kemudian;
Syaqiq:Memegang tangan Ibrahim dan menciumnya seraya berkata,"Adalah engkau guruku wahai Abu Ishaq"


Sumber:Imam al-Ghazali,Penenang Jiwa(Mukasyafah al-Qulub),2008,Wholesale-Mart Business Point S/B,Kuala Lumpur;ms 129-130.


04 Januari 2010

TERIMALAH APA ADANYA

Kehidupan dunia tidak akan pernah lepas daripada kesusahan,kesedihan,rasa letih,tentangan dan cabaran.Anak,isteri,teman,kawan,tempat tinggal,pekerjaan,permainan dan lain sebagainya berpotensi untuk menjadikan anda sedih dan sengsara.Akan tetapi anda dapat mengolah potensi kebaikan yang hadir dalam kehidupan ini agar anda ampu merasakan kenikmatan dalam kehidupan dan agar ada keseimbangan antara satu dengan yang lain.
Allah s.w.t menjadikan dunia sebagai ladang tempat ditanamnya dua perkara berbeza,dua perkara yang saling bertentangan dan dua perkara yang saling berlawanan arah.Ia adalah kebaikan dan keburukan,antara perbaikan dan kerosakan dan antara kebahagiaan dengan kesedihan.
Setelah itu Dia mengumpulkan kebahagiaan yang murni dan abadi di syurga dan keburukan serta kesengsaraan yang murni dan abadi di neraka.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Dunia ini terlaknat begitu juga dengan apa yang ada didalamnya,kecuali mereka yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t,mereka yang mengikuti-Nya dan orang yang berilmu serta orang yang menuntut ilmu."(HR.Ibnu Majah)

Hiduplah anda dalam kondisi anda sekarang.Jangan terpengaruh dengan khayalan yang tidak berguna.Jangan terpedaya dengan kehidupan yang serba sempurna.
Terimalah kehidupan anda apa adanya.Jangan sesekali menyesal dengan apa yang ada pada diri anda.Belajarlah menggunakan segala yang ada pada diri kita untuk mencari keredaan Allah s.w.t,lantas mencipta kejayaan hidup di dunia dan akhirat nanti.Jangan sesekali merasakan apa yang ada pada diri kita segalanya adalah kekurangan yang membataskan diri untuk mencapai kejayaan hidup di dunia ini dan akhirat kelak.Jika ini dapat dilakukan,bermakna kita telah berjaya mendidik hati untuk sentisa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada kita.Itulah yang sebaik-baiknya,kerana sebagai hamba-Nya kita hendaklah sentiasa merangkaikan kuntum-kuntum kesyukuran di atas segala anugerah-Nya.
Serahkan diri anda sepenuhnya untuk menjalani kehidupan anda,meski ada musuh yang menghadang anda,meski segala sesuatu yang anda lakukan ada cacatnya,meski kehidupan anda tidak pernah bahagia selamanya.Sebab segala kesempurnaan,kebahagiaan dan keindahan hanya ada di syurga.

Oleh sebab itu,kita mesti saling mendukung,saling menerima dan saling memaafkan sesama muslim.Saling memudahkan segala urusan dan saling menjauhi apa yang dapat menyusahkan kita dalam kehidupan. Allah s.w.t berfirman :

خذ العفو وامر بالعرف وأعرض عن الجهلين"

Maknanya :" Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf,sertaberpalinglah daripada orang-orang yang bodoh" (Surah : al-A'raf 199)

Sumber : Dr.Ibrahim Fiqhy.Supaya gelisah bernilai ibadah.Terbitan : Kemilau Publika Sdn.Bhd.