23 September 2012

MEMELIHARA KURNIAAN HIDAYAH


Semoga Allah mengurniakan kepada kita keyakinan mengenai betapa mahalnya nikmat hidayah dan betapa tidak ternilainya nikmat iman.Bahkan tiada yang senilai
dengannya daripada seluruh isi dunia ini.Hanya dengan berbekal keyakinan awal ini,kita dapat memiliki peribadi Muslim yang sejati.Insya-Allah.

Hidayah bermaksud penunjuk jalan.Hidayah adalah peta penunjuk ke jalan yang benar dan hanya dianugerahkan kepada hamba-hamba yang dikehendaki Allah.Allah adalah zat maha memberi penunjuk.Ini bersesuaian dengan salah satu nama indahnya iaitu al-Hadi,bermaksud yang membimbing ke jalan yang benar.

Allah memberikan taufiq kepada hamba-hambaNya yang taat lagi soleh dan membimbing mereka kejalan yang benar.

Hidayah adalah hak mutlak Allah,sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 56 yang bermaksud,"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada siapa yang kamu kasihi,tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk".

Oleh kerana hidayah itu hak mutlak Allah sahaja,alangkah beruntungnya mereka yang dikurniakan hidayah oleh Allah.Fitrah sebagai manusia,kita cenderung menjaga dengan bersungguh-sungguh sesuatu yang dianggap berharga kepada kita.Sebaliknya juga,sesuatu yang remeh dibiarkan begitu sahaja.Semaikin bernilai sesuatu,semakin bersungguh-sungguh pula kita memeliharanya.

Dengan meyakini hidayah adalah anugerah agung yang tidak ternilai,sudah semestinya kita bersungguh-sungguh menjaganya dan mengambil berat berkenaannya.Orang yang benar-benar menjaga hidayah,yakin perjalanan hidupnya di dunia ini belum tentu selamat sampai ke muara kebahagiaan akhirat,sekiranya tidak berbekalkan hidayah dan taufik daripada Allah.Keyakinan ini yang perlu dijiwai dan terus menyerapi seluruh gerak tindak- tanduk kita dalam menjalani hidup seharian.

Dalam mencari kenikmatan dunia yang tersedia,mereka tetap meletakkan dirinya dalam kerangka batasan keredhaan Allah dan mematuhi perintah dan larangan Allah.Ini supaya hidayah tidak hilang darinya.Walau bagaimana bersungguhnya dia mencari wang,namun dia sentiasa beringat supaya nikmat hidayah dan taufik tidak menjadi korban.Berpeluh-peluh dia menuntut ilmu,namun dia memastikan dirinya sentiasa berada dalam suluhan hidayah dan taufiknya.Sebaik-baiknya,usaha mencari pendapatan,menuntut ilmu dan semuanya,semakin mendekatkan dirinya dengan sumber hidayah iaitu Allah.

Begitulah sikap orang yang bersungguh-sungguh memelihara hidayah.Diharapkan kita juga begitu.

Sumber : Ingat Tuhan Sampai Mati,Aa Gym,PTS Millennia Sdn.Bhd.2007.

1 ulasan:

nonton flim online berkata...

infonyas angat menarik dan sangat bermanfaat...
makasih banyak atas infonya gan...salam kenal ............