Kehidupan dunia tidak akan pernah lepas daripada kesusahan,kesedihan,rasa letih,tentangan dan cabaran.Anak,isteri,teman,kawan,tempat tinggal,pekerjaan,permainan dan lain sebagainya berpotensi untuk menjadikan anda sedih dan sengsara.Akan tetapi anda dapat mengolah potensi kebaikan yang hadir dalam kehidupan ini agar anda ampu merasakan kenikmatan dalam kehidupan dan agar ada keseimbangan antara satu dengan yang lain.
Allah s.w.t menjadikan dunia sebagai ladang tempat ditanamnya dua perkara berbeza,dua perkara yang saling bertentangan dan dua perkara yang saling berlawanan arah.Ia adalah kebaikan dan keburukan,antara perbaikan dan kerosakan dan antara kebahagiaan dengan kesedihan. Setelah itu Dia mengumpulkan kebahagiaan yang murni dan abadi di syurga dan keburukan serta kesengsaraan yang murni dan abadi di neraka.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Dunia ini terlaknat begitu juga dengan apa yang ada didalamnya,kecuali mereka yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t,mereka yang mengikuti-Nya dan orang yang berilmu serta orang yang menuntut ilmu."(HR.Ibnu Majah)
Hiduplah anda dalam kondisi anda sekarang.Jangan terpengaruh dengan khayalan yang tidak berguna.Jangan terpedaya dengan kehidupan yang serba sempurna.
Terimalah kehidupan anda apa adanya.Jangan sesekali menyesal dengan apa yang ada pada diri anda.Belajarlah menggunakan segala yang ada pada diri kita untuk mencari keredaan Allah s.w.t,lantas mencipta kejayaan hidup di dunia dan akhirat nanti.Jangan sesekali merasakan apa yang ada pada diri kita segalanya adalah kekurangan yang membataskan diri untuk mencapai kejayaan hidup di dunia ini dan akhirat kelak.Jika ini dapat dilakukan,bermakna kita telah berjaya mendidik hati untuk sentisa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada kita.Itulah yang sebaik-baiknya,kerana sebagai hamba-Nya kita hendaklah sentiasa merangkaikan kuntum-kuntum kesyukuran di atas segala anugerah-Nya.
Serahkan diri anda sepenuhnya untuk menjalani kehidupan anda,meski ada musuh yang menghadang anda,meski segala sesuatu yang anda lakukan ada cacatnya,meski kehidupan anda tidak pernah bahagia selamanya.Sebab segala kesempurnaan,kebahagiaan dan keindahan hanya ada di syurga.
Oleh sebab itu,kita mesti saling mendukung,saling menerima dan saling memaafkan sesama muslim.Saling memudahkan segala urusan dan saling menjauhi apa yang dapat menyusahkan kita dalam kehidupan. Allah s.w.t berfirman :

خذ العفو وامر بالعرف وأعرض عن الجهلين"
Maknanya :" Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf,sertaberpalinglah daripada orang-orang yang bodoh" (Surah : al-A'raf 199)
Sumber : Dr.Ibrahim Fiqhy.Supaya gelisah bernilai ibadah.Terbitan : Kemilau Publika Sdn.Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan