Alhamdulillah,inilah ungkapan yang keluar dari mulut aku apabila terima sms dari isteri tersayang pada 02.09.2009 yang menyatakan bahawa ada berita baik....Nak tahu apa berita tersebut?...Ha..ha..rupa-rupanya pada pagi 02.09.2009 tetiba sahaja isteri aku dapat surat tukar dari Sk.Kanibongan ke Sk.Pekan Tamparuli.
Sk.Pekan Tamparuli tu ok la, tak la jauh sangat dengan rumah kami di Taman Seri Indah,Lebih kurang 23 Km je&perjalanan lebih kurang 25 minit je.Setelah berkahwin lebih kurang 3 tahun jugak la kami dipisahkan tanpa rela..he.he..tapi walaupun berjauhan sempat jugak la kami dapat 2 orang anak...rezeki la katakan.
Kini Alhamdulillah kami disatukan kembali dengan izin Allah s.w.t dapat la kami hidup bersama dan dapat la kami sama-sama membesarkan anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah sebagai satu amanah yang perlu dijaga dengan baik.Kalau sebelum ni Isteri aku je yang banyak berkorban menjaga anak-anak bersendirian...aku memang respect giler ar terhadap isteri aku kerana begitu tabah menghadapi ujian yang aku fikir terlalu berat untuk ditanggung secara bersendirian...I love u Sayang!Segala pengorbanan Sayang,Abang amat hargai dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.Semoga keluarga kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t dan sentiasa ceria disamping anak-anak tersayang.Amin!

1 ulasan:
ALHAMDULILLAH, Tahniahla Be coz dah dapat tinggal sebumbung dengan yang tersayang.
kawan kita si Shahril tu, kesian jugak, dipisahkan lautan dengan zaujahnya.
tp ramai gak lg sahabat2 kita yang berkahwin secara PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).
malaysiaku...
Catat Ulasan