Azam Atau Cita-Cita Manusia Terbahagi Kepada 4 Macam :
Pertama : Seseorang yang berazam hendak melakukan sesuatu kebajikan,kemudian dia terus melakukannya tepat seperti yang di azamkannya.Orang itu akan di ganjari oleh Allah dengan 2 pahala.Satu pahala kerana keazamannya yang baik dan satu pahala lagi kerana kebajikan yang sudah dilakukan.
Kedua : Seseorang yang berazam hendak melakukan sesuatu kebajikan,tetapi oleh kerana sesuatu halangan dia tidak dapat melakukannya,mungkin kerana tidak ada kemampuan,ataupun kerana sakit atau kerana sudah terlewat masanya atau kerana sebab-sebab yang lain.Oleh kerana keazamannya yang baik itu maka Allah akan mengganjarinya juga dengan satu pahala.
Ketiga : Seseorang yang berazam hendak melakukan sesuatumaksiat dan tatkala dia hendak melakukan maksiat itu,dia teringat kepada Allah lalu terasa gementarlah segala batang tubuhnya kerana katakutan akan ditimpakan ke atasnya kemurkaan Allah.Maka dia segera berbalik dari niat asal tadi serta beristighfar kepada Allah menyesali dirinya atas keazamannya yang jahat itu serta bertaubat memohon keampunan kepadaNya.Oleh kerana dia tidak meneruskan keazamannya yang jahat itu maka Allah swt akan mengganjarinya satu pahala.
Keempat : seseorang yang berazam hendak melakukan suatu maksiat,lalu dia melakukannya tanpa segan dan silu lagi seperti yang diazamkannya,maka berdosalah dia.Oleh kerana yang demikian maka dia akan menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan itu.
Sumber : Kuliah Subuh-Pada Membicarakan Hadis 40 : Syed Ahmad Semait : Pustaka Nasional Singapura.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan