Setiap Liku-Liku Kehidupan Perlu DiTempuhi Dengan Penuh Kesabaran Dan Redha Terhadap Ketentuan Ilahi !Usaha,Doa & Tawakkal Senjata Mukmin Sejati !
17 Disember 2009
08 Disember 2009
07 Disember 2009
TANDA-TANDA PERPISAHAN
Setelah dakwah Islam mula sempurna dan Islam mula menguasai kedudukan,maka mulalah kelihatan tanda-tanda bahawa baginda akan meninggalkan kehidupan dan manusia ini.Ianya terpancar melalui perasaan Rasulullah s.a.w dan tampak jelas melalui ungkapan-ungkapan dan tindak tanduknya. Semasa bulan Ramadhan tahun 10 Hijrah,Baginda beriktikaf selama 20 hari,padahal sebelum itu baginda hanya beriktikaf 10 hari sahaja.Jibril datang kepadanya untuk bertadarus al-Quran sebanyak 2 kali pada tahun itu.Semasa Haji Wada' Baginda ada menyebutkan:"Sesungguhnya aku tidak pasti,entahkan aku tidak akan bertemu kamu lagi selepas tahun ini di tempat ini selama-lamanya"Katanya lagi,ketika berada dekat jamrah al-Aqabah,pelajarilah daripadaKu ibadat-ibadat haji kamu,kerana bolah jadi aku tidak akan berhaji lagi selepas tahun ini"Surah al-Nasr pula turun kepada baginda pada pertengahan hari-hari Tasriq.Justeru,dapatlah difahami bahawa ianya membawa maksud perpisahan dan Baginda rupanya sedang menyiarkan berita kematiannya sendiri. Pada awal bulan Safar tahun 11 Hijrah,Rasulullah s.a.w keluar ke Uhud.Di situ Baginda berdoa kepada para Syuhada' bagaikan orang yang mengucapkan selamat tinggal untuk orang hidup dan orang mati.Kemudian Baginda beredar dan naik di atas mimbar seraya berkata: "Sesungguhnya aku akan mendahului kamu,dan aku akan menjadi saksi terhadapmu.Demi Allah aku sekarang benar-benar sedang melihat kepada kolam Ku.Sesungguhnya aku akan diberikan kunci seluruh kekayaan bumi atau kunci-kunci bumi.Demi Allah,Aku bukannya bimbang kamu akan syirik selepasku tetapi yang aku bimbangkan ialah kamu berlumba-lumba merebut dunia. Pada suatu malam(pada tengah malam)Baginda keluar ke Baqi' lalu memohon pengampunan untuk penghuni perkuburan Baqi' sambil berkata:"Assalamualaikum hai penghuni kubur,moga kamu bersenang lenang dengan nikmat yang kamu kecapi di dalamnya berbanding orang lain yang menghadapi keadaannya.Telah datang fitnah-fitnah persis sebahagian malam yang gelap gelita.Fitnah yang kemudian menyusuli selepas yang awal sedangkan yang kemudian itu lebih buruk dari yang awal"Kemudian Baginda mengembirakan penduduk kubur itu dengan kataNya:"Sesungguhnya kami akan menyusuli kamu" Sumber : Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri.Penterjemah:Muhammad Ramzi Omar.Cetakan Keempat 2009.Sirah Nabawiyyah:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
24 November 2009
15 November 2009
Sumber :Duhai Anakku Yang Tercinta...Haji Muhammad Zakaria : Telaga biru.
06 November 2009
25 Oktober 2009
DOA MEREKA UNTUK KITA

Istimewanya Islam ialah kita bukan sahaja mendoakan diri sendiri bahkan kita boleh mendoakan orang lain,sebagaimana makhluk-makhluk Allah turut mendoakan orang yang beriman.
Malah doa seorang hamba kepada saudaranya adalah makbul sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
"Tiada seorang muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang,melainkan malaikat berkata kepadanya,Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu" ( Hadis Riwayat Muslim )
Antara orang yang sering mendoakan kita ialah :
Malah doa seorang hamba kepada saudaranya adalah makbul sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
"Tiada seorang muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang,melainkan malaikat berkata kepadanya,Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu" ( Hadis Riwayat Muslim )
Antara orang yang sering mendoakan kita ialah :
- Ibu bapa
- Orang lemah yang pernah kita bantu
- Anak-anak yatim
- Sahabat-sahabat seperjuangan dalam iman dan agama.
- Para Malaikat
- Makhluk-makhluk Allah yang lain sama ada di daratan mahupun di lautan.
Sekarang sedarkah kita?Ibu bapa yang mengasihi kita sering mendoakan anak-anaknya,orang yang memerlukan dan anak-anak yatim yang pernah kita bantu juga tak lupa mendoakan kita,doa yang ikhlas datang dari hati yang tulus.
Oleh itu,banyakkan berbuat kebaikan dan jadilah hamba yang soleh agar kita sering didoakan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.
Sumber : Majalah Solusi Isu 12
Oleh itu,banyakkan berbuat kebaikan dan jadilah hamba yang soleh agar kita sering didoakan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.
Sumber : Majalah Solusi Isu 12
Langgan:
Catatan (Atom)




