30 Mei 2010

ORANG BERTAUBAT


Allah yang maha mengetahui setiap aib,kejelakan,kekurangan dan maksiat yang kita lakukan.Ia membantu kita berani mengakuinya,kerana tiada insan yang selamat melainkan dengan keampunan Allah.Maka menjadi kewajipan bagi setiap insan untuk bertaubat.

Terdapat beberapa tahap bagi orang yang bertaubat :

Taubat Orang Awam

Orang awam bertaubat hanya untuk dosa-dosa besar seperti zina dan mencuri,sementara itu dia masih tetap melakukan dosa-dosa yang dianggap kecil.Dia hnaya sedar dosa-dosa besar tapi dalam masa yang sama memandang ringan terhadap perbuatan-perbuatan dosa yang dirasakan padanya tidak seberapa.

Taubat Orang Khusus

Orang yang berada pada tahap ini sudah bertaubat daripada dosa-dosa kecilnya.Dia bertaubat kepada Allah kerana adanya perasaan dengki pada temannya ataupun pada masa dia berasa hebat dengan dirinya sendiri,mungkin kerana pekerjaan dan penghormatan masyarakat kepada dirinya.

Taubat Orang Yang Khusus Bil Khusus

Orang yang berada di tahap ini bukannya bertaubat kerana maksiat,bahkan kerana masa-masa dia lalai daripada mengingati Allah.Dia bertaubat lantaran kegagalannya solat pada awal waktu,juga pada masa dia gagal melakukan solat sunat.Dia sedih hanya mampu bersedeqah dengan wang yang sedikit.Dia menyesal,mengapa tidak dilakukan yang terbaik untuk Allah.Dia kerap menyesal,ladang amal yang terbentang luas baginya tidak dikerjakannya semaksimum mungkin.segala taubatnya didasari oleh perasaan yang tidak puas kerana tidak membuat yang terbaik untuk Allah.

Kesimpulanya,setiap manusia mempunyai tahap yang berbeza dalam melaksanakan tuntutan taubat dan kefahaman terhadap kesan dosa yang dilakukan,ada dikalangan manusia hanya meletakkan dosa-dosa besar sebagai wasilah untuk dia bertaubat.namun pada hakikatnya setiap perbuatan dosa sudah tentu perlu kepada taubat tidak kira sama ada dosa kecil ataupun besar.
 
Wallahu A'lam.
















Tiada ulasan: